in , ,

Redmi A5 Hadir Di Malaysia Dengan Harga Mampu Milik RM299

Telefon Pintar Bergaya Dengan Skrin Besar, Bateri Tahan Lama Dan Rekaan Ringkas, Kini Untuk Semua!

Kalau sebut jenama Redmi, ramai dah tahu ia sinonim dengan harga mesra poket dan kualiti yang tak menghampakan. Terbaru, Xiaomi Malaysia mengumumkan ketibaan model terbaharu mereka, Redmi A5, sebuah telefon pintar bajet yang direka khas untuk mereka yang cari fungsi asas tapi masih nak bergaya dengan teknologi semasa. Dan paling best, harga bermula serendah RM299 je!

Rekaan Luaran Yang Bergaya Dan Ringkas Tapi Tetap Kukuh

Redmi A5 hadir dengan sentuhan rekaan yang moden tapi tak terlalu keterlaluan. Dengan badan ringan dan kukuh, ia dibina menggunakan kombinasi panel hadapan kaca dan rangka serta panel belakang plastik. Ia selesa digenggam walaupun digunakan dalam tempoh yang lama.

Yang menarik, telefon ni datang dalam empat pilihan warna menawanHitam, Biru, Hijau dan Emas – cukup untuk penuhi citarasa pelbagai pengguna. Sensor cap jari yang terletak di sisi pula memberi akses pantas dan selamat tanpa mengganggu rekaan keseluruhan.

Redmi A5 Hadir Di Malaysia Dengan Harga Mampu Milik RM299

Paparan Besar Dengan Kadar Segar Semula 120Hz

Skrin 6.88 inci yang ditawarkan bukan calang-calang untuk telefon bajet. Tambahan pula, ia menyokong refresh rate 120Hz, menjadikan paparan lebih lancar dan responsif, sama ada ketika melayari web, bermain media sosial atau menonton video. Meskipun hanya mempunyai resolusi HD+, visualnya tetap tajam dan cukup memuaskan untuk penggunaan harian.

Nisbah skrin-ke-badan mencecah 84% membolehkan pengguna menikmati paparan yang lebih luas, ditambah pula dengan notch kecil di bahagian atas yang menempatkan kamera swafoto 8MP.

Kamera Dengan Fungsi Asas Tapi Memadai

Untuk kategori telefon bajet, kamera 32MP belakang bersama lensa tambahan 0.08MP cukup memadai untuk merakam momen seharian, termasuk dalam keadaan pencahayaan rendah dengan bantuan LED flash. Anda juga boleh main dengan pelbagai mod seperti HDRAI Scene DetectionPortrait Mode, dan Night Mode.

Kamera depan 8MP dengan bukaan f/2.0 pula sesuai untuk penggemar swafoto, vlogging kasual dan juga panggilan video. Dalam keadaan cerah, hasilnya memang cun, tapi janganlah harap gambar low-light setanding kamera flagship.

Prestasi Yang Cukup Lancar Untuk Harian

Dikuasakan oleh cip UNISOC T7250 octa-coreRedmi A5 memberikan prestasi stabil untuk pengguna yang perlukan telefon untuk kerja ringan seperti melayari internet, media sosial, YouTube, dan mesej. Dengan pilihan sehingga 4GB RAM dan 128GB storan, ia cukup untuk menyimpan pelbagai aplikasi dan fail peribadi.

Apa yang menarik, fungsi RAM expansion juga membantu meningkatkan kelancaran multitasking. Nak tukar-tukar antara apps? No problem. Nak gaming ringan? Masih boleh enjoy tanpa gangguan besar.

Bateri 5200mAh Yang Bertahan Sepanjang Hari

Kekuatan sebenar Redmi A5 terletak pada bateri besar 5200mAh yang boleh bertahan sepanjang hari tanpa perlu ulang cas. Bukan setakat itu, ia turut menyokong pengecasan pantas 15W, dan Xiaomi menjanjikan 1000 kitaran pengecasan tanpa menjejaskan kesihatan bateri – satu perkara yang jarang ada pada telefon bajet.

Sistem MIUI Yang Mesra Pengguna

Sebagai pelengkap pengalaman, Redmi A5 dikuasakan dengan antaramuka MIUI yang terkenal dengan pelbagai ciri kustomisasi – dari tema, ikon, wallpaper hinggalah font. Rekaannya ringkas tapi mudah difahami, sesuai untuk pengguna baru dan lama. Xiaomi juga terkenal dengan kemas kini sistem yang konsisten, jadi kita boleh jangkakan prestasi telefon ni akan bertambah baik dari semasa ke semasa.

Apa Ada Dalam Kotak?

Dalam kotak Redmi A5, pengguna akan menerima:

  • Telefon pintar Redmi A5
  • Pengecas 15W
  • Kabel USB-C
  • Sarung pelindung lutsinar
  • Alat pengeluar SIM
  • Buku manual pengguna

Satu pakej yang lengkap, tak payah susah-susah cari aksesori tambahan. Terus boleh guna lepas buka kotak.

Tawaran Harga Menarik Di Malaysia

Di Malaysia, Redmi A5 ditawarkan pada dua varian harga:

  • RM299 untuk 3GB RAM + 64GB storan
  • RM349 untuk 4GB RAM + 128GB storan

Ini menjadikannya salah satu telefon paling berbaloi dalam pasaran, khususnya untuk pelajar, warga emas, atau mereka yang mencari telefon kedua sebagai backup.

Apa Kata Budiey?

Pada pandangan Budiey, Redmi A5 adalah satu pilihan yang sangat berbaloi untuk pengguna yang mahukan telefon pintar berfungsi dengan baik, murah, dan tahan lasak. Xiaomi bijak dalam mengekalkan keseimbangan antara harga dan prestasi. Walaupun tak ada ciri mewah macam telefon flagship, untuk kegunaan harian, Redmi A5 dah cukup memadai.

Kalau anda sedang mencari telefon bajet yang boleh bertahan lama, ringan, dengan rekaan yang kemas dan skrin besar – Redmi A5 adalah calon yang patut dipertimbangkan. Dalam era di mana semua orang kejar flagship, kadang-kadang kita terlupa bahawa kesederhanaan juga ada kekuatannya.

Nak tahu lebih banyak peranti menarik yang akan datang ke Malaysia? Terus ikuti ulasan penuh Budiey hanya di www.budiey.com.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nabila Taqiyyah Himpun 8 Lagu Cinta Dalam Album ‘Kekal Yang Sementara’