Jenama Red Box & Green Box Karaoke yang menawarkan perkhidmatan karaoke berkonsepkan keluarga dalam suasana yang sihat, tidak perlu diperkenalkan lagi. Kepercayaan dan penerimaan masyarakat tempatan terhadap servis yang ditawarkan oleh rangkaian Red Box & Green Box Karaoke juga tidak perlu dipertikaikan.
Malah, terbukti apabila keahlian pusat karaoke ini terus meningkat dan mencatat sejuta lebih keahlian seluruh Malaysia. Justeru, bermula Mac 2017, Red Box & Green Box Karaoke menawarkan lebih keistimewaan dalam menghargai kesetiaan dan sokongan para pelanggan mereka selama ini.
NIKMATI KEISTIMEWAAN TERKINI KEAHLIAN RED BOX & GREEN BOX KARAOKE!
Sebelum ini, Kad Keahlian seumur hidup tersebut hanya menawarkan diskaun sebanyak 5%. Kini, diskaun ditingkatkan kepada 10% dengan tertakluk kepada terma dan syarat berikut:
Kad keahlian hendaklah disertakan bersama bagi tujuan penebusan pada setiap sesi karaoke.
Diskaun tidak boleh ditebus bersama tawaran promosi atau baucar diskaun yang lainnya, kecuali dinyatakan.
Bagi mereka yang belum memiliki keahlian Red Box Karaoke, mereka hanya perlu mendaftar di mana- mana cawangan Red Box & Green Box Karaoke pada harga RM39. Pek pendaftaran turut disertakan bersama “Baucar Percuma Untuk 1 Orang” dan “Baucar Tunai RM10” sebanyak 3 keping.
Mengenai Red Box Karaoke
Red Box adalah sebuah pusat karaoke terkemuka yang menjadi keutamaan pengunjung untuk berkumpul bersama rakan dan keluarga.
Selain bilik persendirian, Red Box Karaoke turut menyajikan makan & minuman di bawah satu bumbung, pada harga yang berpatutan
Rangkaian Red Box Karaoke yang pertama telah dibuka di Plaza Low Yat, Kuala Lumpur pada 17 September 2000.
Mengamalkan konsep “mesra pelanggan” dengan keutamaan lain seperti pilihan lagu terkini, teknologi terkini, rekaan dalaman yang santai, ramuan ini telah berjaya menjadikan Red Box Karaoke sebagai sebuah penyedia pusat hiburan yang bersih dan sihat di Malaysia.
Kelainan imej yang ditonjolkan menjadikan Red Box Karaoke telah mandapat perhatian sejak ia mula diperkenalkan. Dan, kini menjadi ikutan pusat karaoke lain menyedari kepentingan konsep pusat karaoke keluarga yang bersih dan sihat di kalangan karaoke goers.
Terdapat 10 cawangan Red Box Karaoke di seluruh Malaysia yang didatangkan dengan jenama yang berlainan iaitu Red Box, Green Box dan Red Box PLUS.
Matlamatnya untuk memberi pengalaman berkaraoke bersesuaian dengan kehendak pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia.
Awal November 2007, Red Box PLUS khusus untuk golongan eksekutif telah dibuka di Pavilion, Kuala Lumpur.
Red Box Karaoke telah melancarkan cawangan Green Box yang pertama di AEON Jusco Cheras Selatan pada Disember 2006, diikuti cawangannya di Sungei Wang, AEON Bukit Tinggi, Klang dan Seremban 2 pada Mei 2008.
Akhir November 2008, Red Box Karaoke sekali lagi melancarkan pembukaan cawangan jenama Red Box di The Gardens Mall, Mid Valley City, berhadapan GSC Signature di tingkat 4, The Gardens Mall.
Facebook : https://www.facebook.com/redboxkaraokemalaysia/
Twitter: www.twitter.com/iluvredbox
Instagram: http://instagram.com/iluvredbox
Website :www.redbox.com.my