Pada 8 Oktober 2023 yang lalu, Budiey sempat menghadiri acara pembukaan semula Red Box cawangan The Gardens.
Majlis pembukaan semula Red Box Karaoke di pusat beli-belah The Gardens membawa era baru kepada penggemar-penggemar karaoke, menyediakan pengalaman karaoke yang kontemporari dan dilengkapi teknologi tinggi serba baharu.
Pembaharuan ini menampilkan hiasan dalaman bilik karaoke yang serba moden, dilengkapi dengan sistem audio JBL bermutu tinggi. Pengalaman karaoke di Red Box The Gardens kali ini menjanjikan kualiti bunyi yang terbaik, sistem lampu yang mengasyikkan, paparan LED yang dinamik, pentas DJ dan katalog lagu yang luas termasuk lagu-lagu hit tempatan dan antarabangsa.
Di Red Box Karaoke, orang ramai dapat berhibur dengan melodi kegemaran mereka. Kemudahan untuk penganjuran majlis dan acara turut ditawarkan, dengan bilik terbesar di cawangan tersebut yang mampu memuatkan sehingga 50 orang.
Sebagai penyokong industri muzik sejak sekian lama, pembaharuan Red Box di pusat beli-belah The Gardens mengalu-alukan semua orang dari setiap lapisan masyarakat, termasuk pelancong tempatan dan antarabangsa.
Pusat beli-belah terkemuka itu sememangnya dikenali dengan jenama-jenama ikonik termasuklah Red Box yang kini menyediakan sistem karaoke yang dikemaskini, sistem audio yang sensasi, dan pilihan lagu yang banyak, memberikan peluang kepada peminat karaoke untuk menikmati pengalaman yang luar biasa.
Red Box amat teliti dalam pemilihan lagu yang ditawarkan agar menepati citarasa demografik pengunjung The Gardens yang terdiri daripada ekspatriat, warga tempatan dan pelancong antarabangsa.
Majlis tersebut turut dimeriahkan dengan acara cabutan bertuah, tarian singa, bufet yang pelbagai dan sesi karaoke bersama para tetamu.
Majlis pembukaan semula pada Ahad lalu dijayakan dengan sokongan padu oleh pelbagai penaja, antaranya Pernod Ricard Sdn. Bhd., Carlsberg Marketing Sdn. Bhd., Coca-Cola Refreshment Sdn. Bhd. dan Jack ‘n Jill Roller Coaster.
Selain daripada menjadi tarikan para pelancong untuk berbelanja melalui hiburan, Red Box juga memainkan peranan penting dalam industri muzik tempatan dengan mempromosikan artis-artis tempatan di platform karaoke mereka.
Red Box sentiasa menyokong muzik tempatan di Malaysia dan industri muzik secara keseluruhan, dan pembaharuan terkini cawangan ini diharap dapat memacu Red Box untuk menembusi pasaran karaoke tempatan dengan lebih luas dan menarik pengunjung-pengunjung baharu. Red Box juga sentiasa bekerjasama dengan rakan-rakan media, label-label rakaman dan para pengurus artis, dengan menganjurkan pelbagai acara untuk para pengunjung dan khalayak ramai.
Red Box yang mula bertapak sejak tahun 2000, telah berkembang pesat di seluruh negara dengan 8 buah cawangan yang mendapat sambutan hangat. Antara kunci kejayaannya ialah bukan sahaja dengan menyediakan pengalaman karaoke, tetapi melalui konsep “bukan sekadar menyanyi”,
Red Box menawarkan suasana yang lebih menyeluruh termasuk pelbagai permainan parti, promosi dan pilihan makanan yang disediakan. Pusat hiburan karaoke terkemuka tersebut akan terus menjadi sebuah tarikan yang menyeronokkan dan mesra keluarga.
Jenama karaoke terkenal itu turut mensasarkan pembukaan lebih banyak lagi cawangan yang akan meneruskan tradisi aktiviti kekeluargaan dan perjumpaan yang mesra, yang akan turut menjadi tarikan pelancong dan ekspatriat.
Sempena majlis pembukaan semula Ahad lalu, Red Box The Gardens menawarkan promosi selama satu bulan yang dinamakan “Comeback Special”, di mana anda boleh menambah masa satu jam dengan hanya RM1 apabila anda berbelanja untuk sekurang-kurangnya satu jam sesi karaoke.
Antara syarat lainnya ialah anda perlu berkongsi video atau gambar anda sedang berkaraoke di Red Box The Gardens di akaun Facebook atau Instagram anda (sama ada ‘Post’ atau ‘Story’) dan ‘tag’ @redboxkaraokemalaysia.
Kemudian, hanya bayar RM1 untuk menambah satu jam kepada sesi karaoke anda. Promosi ini berlangsung antara jam 11:00 pagi hingga 3:00 pagi setiap hari sehingga 8 November 2023.
Cipta pengalaman berharga anda yang tersendiri di cawangan serba baharu Red Box di The Gardens bermula 8 Oktober 2023. Bawa rakan-rakan dan keluarga, dan berhiburlah dengan lagu-lagu kegemaran anda.
Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.redbox.com.my/