in

Red Box Anjur Program Amal We Care

PROJEK AMAL RED BOX 2012 – ‘WE CARE’

Dikenali sebagai pusat karaoke yang mengutamakan hiburan untuk seisi keluarga, Red Box sedari awal telah bergiat aktif dalam kerja-kerja kebajikan dan kemasyarakatan sejak penubuhannya. Melangkah setapak ke hadapan dalam menyambung aktiviti kemasyarakatan, Red Box telah menubuhkan Red Energy Charity Fund pada 2009 dalam usaha meningkatkan dana untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik.

image001

Sejajar dengan inisiatif tersebut, kempen mengumpul dana kebajikan tahunan yang bertemakan ‘WE CARE’ kini sedang rancak berlangsung di semua rangkaian karaoke Red Box. Mulai 1 May hingga 31 Julai, pelanggan boleh membeli beg amal ‘WE CARE’ yang dicipta khas dalam membantu mengumpul dana untuk Yayasan Nur Karangkraf, di mana-mana rangkaian Red Box, Green Box dan Red Box Ria yang terletak di seluruh Malaysia.

‘WE CARE’ mengajar kita bagaimana sumbangan yang kecil mampu mengubah kehidupan manusia. Misi ini tidak lain tidak bukan adalah untuk menyokong usaha Yayasan Nur Karangkraf dalam membela nasib golongan terbiar seperti ibu tunggal dan anak yatim melalui sumbangan wang ringgit. Disokong oleh Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (JKKN), Red Box berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan FIGOS dan Jamu Mak Dara dalam membantu memberi kehidupan yang lebih baik kepada golongan yang kurang berkemampuan melalui kempen ini.

“Apa yang menarik tentang beg amal ‘WE CARE’ ini ialah, pembeli bukan sahaja dapat berkaraoke, malah mereka berpeluang memiliki CD atau Novel kegemaran, produk Jamu Mak Dara dan menikmati baucar diskaun Red Box & FIGOS pada masa yang sama! Terdapat empat jenis baucar; RM5, RM10, RM20 dan ‘Beli 1 Percuma 1’ baucar Red Box. Beg tersebut mungkin bernilai lebih daripada RM200 tetapi mereka hanya perlu mendapatkannya pada harga RM25 sahaja!”, ujar Puan Valerie Choo, Pengarah Urusan Kumpulan Karaoke Red Box.

“Dan dari jualan setiap beg, RM10 akan disalurkan kepada Yayasan Nur Karangkraf dalam menyokong program-program yang bertujuan meningkatkan kualiti hidup ibu tunggal dan anak yatim yang dibela oleh yayasan. Dengan bantuan rakan rasmi seperti FIGOS, Jamu Mak Dara dan Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (JKKN), kami berharap ‘WE CARE’ mendapat sambutan! Sokongan berterusan yang kami terima daripada pelanggan dan rakan kongsi kami setakat ini amat memberangsangkan dan kami teruja untuk satu lagi kejayaan melalui WE CARE! “.

Valerie menambah, “Ini adalah musim ketiga kempen amal seumpama ini diadakan dan kami gembira kerana berjaya mencapai matlamat tanggungjawab korporat kami setakat ini. Pada 2009, dana pertama dengan jumlah sebanyak RM 20,881.26 berjaya disalurkan kepada World Vision untuk membina telaga dan projek tangki air di Ba Thuoc, Vietnam. Pada tahun 2010, satu lagi usaha membantu World Vision berjaya dilaksanakan, di mana semua wang yang dikutip hasil dari jualan 1000 tabung artis Nicholas Teo (edisi terhad) yang berharga RM 25 setiap satu berjaya didermakan kepada World Vision. Kami berharap agar kempen ‘WE CARE’ menempah satu lagi kejayaan agar dapat membawa harapan dan kehidupan yang lebih baik untuk ibu tunggal dan kanak-kanak yang memerlukan bantuan”.

We care charity Poster

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

The Largest Art & Handmade Market Festival In Malaysia

Magic Live to debut at PJ Live Arts Cabaret in June