in

Rebut 3 Juta Tempat Duduk Percuma AirAsia

Promosi Tempat Duduk Percuma AirAsia yang dinanti-nantikan ramai kini kembali dengan 3 juta tempat duduk promosi tersedia bagi penerbangan AirAsia dan AirAsia X terpilih dari jaringan penerbangan terluasnya.

Promosi dengan tambang termasuk semua bermula dari serendah RM9.54 termasuk cukai dan yuran yang tertakluk bagi penerbangan sehala. Bagi promosi tempat duduk percuma, tetamu hanya perlu membayar cukai dan yuran yang tertakluk sahaja dan tempat duduk adalah percuma! Kerusi promo ini tersedia untuk tempahan bermula dari 22 – 28 Jun 2015, bagi tempoh perjalanan dari 15 Februari 2016 – 31 Ogos 2016.

Tempat duduk percuma tersedia bagi pelbagai destinasi domestik & antarabangsa seperti Alor Setar, Johor Bahru, Kota Bharu, Langkawi, Penang, Terengganu, Kuching, Miri, Ho Chi Minh, Surat Thani, Lombok, Bangkok, Singapura, Jakarta, Xi’an dan banyak lagi destinasi lain dari Kuala Lumpur; termasuk pelbagai destinasi menarik dari hab AirAsia yang lain di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kota Kinabalu dan Kuching. Promosi tambang termasuk semua bermula serendah dari RM129 sehala juga tersedia bagi destinasi seperti Perth, Melbourne, Chengdu, Seoul dan Tokyo; atau tetamu juga boleh menikmati kemewahan berpatutan dengan Flatbed kelas Bisnes AirAsia X yang telah memenangi pelbagai anugerah dengan tambang termasuk semua bermula dari RM699 sehala ke Perth, Xi’an, Taipei, Osaka Dan Colombo dari Kuala Lumpur.

Rebut Tempat Duduk Percuma AirAsia!
3 juta tempat duduk promosi tersedia di airasia.com, tempah dari 22 – 28 Jun 2015

Siegtraund Teh, Ketua Komersial Kumpulan AirAsia berkata, “Promosi tempat duduk Kami yang terkenal kini kembali dan kami berharap lebih ramai mengambil peluang ini untuk melancong dan meneroka tempat baru. Ini adalah masa yang baik bagi para tetamu kami merancang percutian dan perjalanan mereka tahun hadapan. Kami baru sahaja dianugerahkan sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia buat tahun ketujuh berturut-turut dan promosi tempat duduk percuma ini adalah cara kami berterima kasih atas segala sokongan yang telah diberikan oleh para tetamu kami. Kami sentiasa mendengar permintaan tetamu kami untuk menawarkan tambang yang lebih rendah”.

Promosi tempat duduk percuma tersedia di laman www.airasia.com dan juga applikasi mudah alih AirAsia bagi iPhone dan peranti Android, dan juga laman mudah alih di mobile.airasia.com. Hanya perlu cari AirAsia dan muat turun dari stor aplikasi dan mula menempah!

Promosi Tempat Duduk Percuma juga memaparkan keutamaan penebusan bagi ahli Program loyalti AirAsia BIG pas Ahad, 21 Jun 2015, sehari lebih awal sebelum promosi Tempat Duduk percuma ini dibuka kepada masyarakat awam.

Program Loyalti global BIG juga menawarkan penebusan dari 0 mata BIG sehala ke destinasi terpilih semasa promosi ini. Ahli dengan mata BIG yang tidak mengcukupi boleh juga membayar dengan mata BIG bersama tunai atau mengalih Mata kepada rakan atau keluarga yang merupakan ahli BIG. Ahli BIG juga boleh menggunakan mata BIG bagi menebus makanan dalam pesawat dan bagasi semasa tempoh penebusan. Bagi maklumat lanjut sila layari airasiabig.com

AirAsiaGo, bahagian percutian syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia itu juga akan menawarkan tawaran istimewa bagi tetamu AirAsia semasa promosi ini. AirAsiaGO memberikan penjimatan sehingga 75% apabila tempat duduk percuma ditempah bersama penginapan hotel dan juga sehingga 50% bagi penginapan hotel sahaja. Untuk maklumat lanjut dan menempah, layari laman AirAsiaGo.com.

AirAsia terus membolehkan tempahan dibuat dengan lebih mudah dan secepat yang mungkin bagi para tetamu kami. Laman web syarikat penerbangan ini airasia.com kini telah dinaik taraf dengan sistem tempahan yang telah dipertingkatkan dengan ciri-ciri yang membolehkan pembayaran dibuat lebih pantas (Xpress booking), navigasi yang lebih mudah, dan tambahan bagi tempahan, juga kebolehan mengembalikan pilihan dari carian terkini anda! Untuk maklumat lanjut mengenai ciri-ciri laman web terbaru ini, dan cara mudah bagi menempah, layari www.airasia.com hari ini.

Terus ikuti perkembangan AirAsia mengenai promosi dan aktiviti terkini melalui Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

*harga asas tidak termasuk cukai lapangan terbang dan yuran pilihan yang lain.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Program Khas Sepanjang Ramadan 2015 di RTM

Hubungan Shahora & Raja Mukriz Kembali Jernih