Pelakon Dejavu di Kinabalu itu sengaja merahsiakan berita gembira tersebut di peringkat awal kehamilannya, Rebecca berkata baru kini dia bersedia untuk muncul dan memberitahu mengenai kandungannya yang sudah pun mencecah lima bulan.
“Alhamdulilah, saya rasa bersyukur sangat kerana Tuhan memberikan saya rezeki untuk hamil sekian kalinya. Perasaan gembira itu sukar untuk digambarkan dan kali ini saya banyak berdoa semoga kandungan saya ini selamat sentiasa.
Saya sengaja merahsiakan kandungan ini walaupun ramai pihak bertanyakan kepada saya.
Tetapi baru kini saya berani untuk bercerita kerana tak mahu terlalu teruja seperti kandungan saya sebelum ini yang akhirnya tidak menjadi,”
– Rebecca Nur Al Islam
Bimbang pisang berbuah dua kali, Rebecca memberitahu dia berasa sangat beruntung kerana sepanjang kehamilannya kali ini telah dijaga dengan lebih rapi oleh suaminya, Nor Azam Datuk Sulaiman, 43.
“Biasalah, suami saya orang yang paling gembira dengan kehamilan saya. Dia sentiasa menjaga dan mengawal setiap pergerakkan saya supaya lebih berhati-hati.
Malah dia akan pastikan ke mana sahaja saya pergi perlu berteman serta ada pemandu yang akan membawa saya.
Saya juga juga tidak dibenarkan melakukan apa sahaja termasuk mengangkat apa-apa barang. Tindakannya itu membuatkan saya rasa sangat beruntung dan rasa dihargai oleh suami,”
– Rebecca Nur Al Islam