Menerusi satu kenyataan akhbar, Roslan Shah kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pemeriksaan doktor. Difahamkan sebaik sahaja menyedari insiden yang menimpa pengacara terkenal itu, pihak produksi bergegas memanggil panel doktor di Sri Pentas untuk memeriksa keadaan kesihatan beliau sebelum dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh.
Beliau yang sedar dan memberi respon sepanjang tempoh itu didapati mengalami tekanan darah tinggi.
Pengacara yang berusia 52 tahun ini dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan pemeriksaan ujian saringan RTK menunjukkan keputusan negatif iaitu sama seperti sehari sebelum hadir di Sri Pentas.
Pihak TV3 sangat menitik-beratkan keselamatan krew penerbitan dan tetamu. Oleh hal demikian, pihak TV3 akan memastikan setiap tetamu jemputan perlu lengkap dua dos vaksin dan menjalani ujian saringan RTK sebelum memasuki premis Sri Pentas. Bukan itu sahaja, kesemua tetamu dan krew juga dinasihatkan supaya mematuhi SOP yang ditetapkan.