in

Reaper Musim Ke-2 di 8TV

Reaper (Season 2)
TX Date/Day: 9 September 2009, Rabu
Masa : 10.00 malam
13 Episod

Bagi peminat  Reaper,  siri ini kembali lagi untuk musim kedua. Menemui anda setiap Rabu jam 10.00 malam bermula 9 September 2009 di saluran hip 8TV. Bersedia menonton gelagat-gelagat Sam dan rakan-rakannya menangkap roh-roh jahat untuk  dihantar ke neraka bagi menjalani hukuman.

Musim baru ini, Sam dan rakan-rakannya  telah dipecat dan mendapat tahu berita itu setelah pulang dari pengembaraan mereka. Mereka juga telah dihalau keluar dari pangasapuri tempat mereka tinggal. Andi pula masih berkeras dan enggan berbaik-baik dengan Sam. Sementara itu Raja Syaitan kembali menghantui hidup Sam dengan misi baru yang menjadikan kehidupan Sam menjadi porak peranda.

Sam perlu menangkap 20 roh-roh jahat dan seperti biasa Raja Syaitan sengaja memberi maklumat yang salah kepada Sam. Akhirnya Sam terpaksa menangkap 40 roh-roh jahat yang cukup ganas.

Sock dan rakan-rakannya pula terpaksa berpindah ke rumah ibunya setelah dihalau keluar dari pangsapuri mereka. Sock kemudian menyedari yang dia telah jatuh hati dengan adik tirinya yang menjaga ibunya.

Kata Pengurus Besar 8TV, Lam Swee Kim,

“Atas sambutan hangat, kami dengan bangganya membawakan Reaper (Musim Ke-2) khas untuk tontonan anda. Saya menyukai drama bersiri ini kerana ia unik dan menarik.”

Sebanyak 13 episod akan disiarkan sepanjang musim ini. Sam menghadapi kesukaran untuk memberi tumpuan penuh kepada pekerjaannya kerana beliau sibuk memikirkan bagaimana  Alan berjaya melepaskan diri dari kontrak yang dibuat dengan Raja Syaitan. Walau bagaimanapun, Alan  lesap ketika mereka berdua diserang oleh makhluk jahat.

Sam akhirnya bekerja di sebuah syarikat di bawah pengurusan Raja Syaitan. Mr. Oliver menghubungi Sam dari Neraka dan memberitahu yang dia mempunyai  maklumat  yang Sam perlukan bagi membatalkan kontrak  dengan Raja Syaitan. Sam dan rakan-rakannya membuat keputusan untuk menggunakan portal syarikat untuk mendapatkan maklumat dari Nina.

Adakah Sam berjaya untuk mendapatkan maklumat dari Nina? Mampukah Sam melepaskan diri dari Raja Syaitan?

Untuk mengetahui kesudahan siri ini, jangan lepaskan peluang untuk menonton Reaper (Musim Ke-2) bermula 9 September 2009 jam 10.00 malam hanya di 8TV. Siaran 8TV juga boleh ditonton melalui saluran 708 Astro anda! Anda juga boleh menonton program kegemaran anda dengan melayari www.mobile.8tv.com.my di telefon bimbit anda! Selamat menonton!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Festival Tari Malaysia 2009

Ernie Zakri, Ramlah Ram, Juliza Adlizan Dalam Pesona Bintang