Pada 20 Julai ini, siri realme 11 Pro 5G akan dilancarkan di Pulau Redang yang menawarkan storan terbesar dalam segmen harga untuk menyokong pengguna mudah alih aktif dan gaya hidup peminat fotografi.
realme 11 Pro+ yang akan datang memaparkan storan sehingga RAM 24GB dengan pilihan pengembangan 4GB/8GB/12GB dan ROM 512GB.
Ia boleh membuka 12 aplikasi pada masa yang sama, menukar berbilang aplikasi secara bebas, memuatkan pelbagai halaman pelayar, penjimatan kuasa yang lebih besar dan banyak lagi boleh dilakukan dengan mudah.
Dengan storan 512GB, pengguna boleh menyimpan kira-kira 2,000 episod drama, 130,000 lagu atau 130,000 foto dalam telefon mereka. Ia juga membawa kamera 200MP OIS SuperZoom untuk menggalakkan pengguna muda meneroka ciri kreatif mereka.
Ia juga merupakan telefon mudah alih pertama yang dilengkapi dengan teknologi zum lensa tunggal lossless empat kali ganda.
Jangan lupa untuk menonton pelancaran siri ini di halaman Facebook realme Malaysia pada jam 7:00 malam, 20 Julai 2023.