Seorang penyanyi muzik irama rap yang dikenali sebagai RDZ (cara sebutan “Arr Dee Zee”) dari Kuching, Sarawak pada tanggal 23 Ogos 2018 telahpun secara ‘subtle’ atau tersirat mengumumkan kehadiran Tupac di perairan Nusantara.
Beliau ada menyebut perkara tersebut di stesen radio ERA Sarawak dalam sesi #Cypergh yang dikendalikan oleh Napio Hatta.
TUPAC
Tupac yang gemar menggelarkan dirinya sebagai ‘Makaveli’ diura-urakan kini berada di Malaysia.
Mari kita sama-sama dengarkan dan tonton video sesi #Cypergh tersebut.
Senikata:
1)
RDZ kembali memberi pembayang
Dengan lafaz cinta, kasih dan sayang
Atas kata Hip, fikiran harus terkini
Dengan kata Hop bergerak penuh strategi
Tak perlu mencari di mana gua nya
Tak perlu ke gunung, gunung ada singa
Amboi, cik adik kau pergi tanam bunga
MAKAVELI BANGUN LAGI KINI DI NUSANTARA!(2)
Tikar Terbang tinggi lagi tinggi dari awan
Aku naik buraq kau lihat pun dah tertawan
Usah ngaku depresi kerna satu doa
Kalau mahu supresi ayuh mari cuba
Jin dalam aku keluar asap jadi Khaleed
Kongsi dari dulu tiba masa aku ghaib
Satu kali kau seru, dua kali aku datang
Tiga kali berguru, naik langit aku hilang
Persoalan bagaimana RDZ mengetahui perkara tersebut masih menjadi tanda tanya.
Pada tanggal 3 Oktober 2018, anak kepada pemilik syarikat rakaman Death Row Records, Suge Jr. Knight telah menyatakan bahawa Tupac masih lagi hidup dan berada di Malaysia di akaun Instagramnya @sugejrknight. Hubungan Death Row Records dengan Kongsi Music, syarikat rakaman milik RDZ, juga menimbulkan sebuah persoalan. Apa pendapat anda?
Temui RDZ bersama Tikar Terbang di Rona Bunyi: OAG x The Times di Blackbox, Kuching Sarawak pada Sabtu ini (6 Oktober 2018) dan follow akaun IG beliau di @rdztheboss
#Tupac #TupacShakur #RDZ #SugeKnight #SugeJrKnight #DeathRowRecords #KongsiMusic