Jam 8 malam tadi, Budiey bertemu dengan pereka fesyen terkenal, Razman Razmi pemilik Razman Razmi Boutique Wedding & Designer @ Costume Rental Mega Event yang berpusat di Kuala Lumpur untuk buat ukuran baju suit untuk Budiey pakai di The Asean International Film Festival and Awards yang akan berlangsung di Kuching Sarawak pada 4 hingga 6 Mei ini. Pejam celik pejam celik, tinggal dua minggu lagi untuk acara penuh gilang gemilang ini. Tak sabar untuk buat liputan menyeluruh di mana Budiey kali ini, Budiey merancang untuk buat FB Live di Facebook Budiey.com. Korang jangan lupa untuk menonton dan share nanti di Facebook korang ya.
Terima kasih buat pereka fesyen Razman Razmi yg sudi menaja suit utk kami pakai di #AIFFA2017.
Fashion designer yg otai dan buat baju untuk ramai selebriti seperti Nabil Ahmad, Angah Raja Lawak, Pak Nil dan ramai lagi. Sangat mesra, pandai berceloteh dan banyak info diorang kasi malam ni. Tq sudi meluangkan masa bersama kami.
Buat ukuran kat kafe sebab butik diorang tgh renovation. Follow IG: @razman_razmikualalumpur.