PENUH DENGAN PESONA & KEJUTAN…
ASK 2011Cecah Rekod 4.6 Juta Penonton!
Belum pun reda bahang kehangatan Anugerah Skrin 2011 (ASK 2011) yang berlangsung pada Jumaat malam lalu, stesen televisyen swasta nombor satu Negara, TV3 sekali lagi mencatat sejarah apabila berjaya meraih kadar tontonan tertinggi sebanyak 4.1 juta (20.4 TVR) atau 60.4% (sumber: Nielsen Media Research) sewaktu tayangan ASK 2011 secara langsung, bermula dari jam 9.00malam hingga 11.30malam. Lebih membanggakan, ASK 2011 juga mencecah rekod kadar tontonan sehingga 4.6 juta penonton jika dilihat dari minit ke minit sepanjang dua jam lebih ia ke udara.
Dibawakan secara langsung dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur pada malam 4 November 2011, ASK 2011 telah berjaya membuktikan sekali lagi sebagai satu penanda aras acara terbesar bukan saja bagi TV3 tetapi bagi sesebuah produksi dan acara anugerah berprestij dekad ini!
Sejak diperkenalkan pada tahun 1994, Anugerah Skrin anjuran TV3 meneruskan usaha untuk menjulang bakat penggiat-penggiat seni dan karyawan tanah air. Utuh memasuki musim penganjurannya selepas sedekad, Anugerah Skrin 2011 merupakan antara majlis terunggul di dalam lipatan sejarah industri tanah air yang sentiasa ditunggu-tunggu penganjurannya saban tahun kerana cetusan konsep dan identiti yang berlainan. Konsep yang segar ditampilkan setiap kali penganjurannya telah menyerlahkan lagi keunggulan majis tersohor ini.
Bukan saja cemerlang meraih penontonan tinggi di kaca televisyen, malah ASK 2011 juga dipancarkan menerusi laman web rasmi www.tv3.com.my/ask2011. Rekod menunujukkan hampir 50,000 mendaftar untuk kemudahan live streaming menerusi online menonton siaran eksklusif red carpet, di sebalik tabir dan keseluruhan majlis anugerah. Jumlah ini juga menunjukkan kenaikan sebanyak 3 kali ganda lebih tinggi berbanding tahun 2010 dan merupakan rekod terbaik live streaming untuk Media Prima secara keseluruhan. Daripada jumlah tersebut hampir 20% penonton dicatatkan terdiri dari pelayar-pelayar web dari luar negara seperti Singapura, Brunei, United Kingdom, Mesir, Australia dan banyak lagi.
ASK 2011 juga berjaya mendapat hampir 1 juta pelayar mengikuti perkembangan terkini melalui laman web rasmi sejak ia dilancarkan pada bulan Oktober lalu. Manakala laman sosial Facebook rasmi TV3 Malaysia pula meraih sebanyak 1 juta pageviews di sepanjang siaran langsung ASK 2011 dan untuk pertama kalinya, laman sosial Twitter #ask2011 juga dibuka dan mendapat sambutan menggalakkan sehingga berjaya menjadi ’trending’ nombor 2 di Malaysia.
Menurut En. Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, “Perancangan selama 6 bulan ternyata membuahkan hasil yang lumayan, hasilnya bukanlah boleh dikira dengan wang ringgit akan tetapi melalui kepuasan menjadikannya satu acara di luar jangkaan. Bukan mudah untuk mencapai kadar jumlah tontonan mencecah hampir 5 juta, segala keringat dan penat lelah tenaga kerja menjadi bukti bahawa tanggungjawab sebagai sebuah stesen TV dikongsi bersama menjadikannya sebuah acara gilang-gemilang. Saya bagi pihak TV3, juga berbangga dengan kerjasama dari semua pihak yang terlibat, produksi, pengurusan jenama, program-program terbitan dalaman, stesen radio rasmi Hot FM, Pantene selaku penaja utama, para media yang sentiasa menyokong usaha kami ini dan ASK 2011 keseluruhannya.â€
â€ASK 2011 bukan sahaja semata-mata meraikan pengiat dan karyawan seni tanah air malah ianya juga sebagai batu loncatan untuk mereka yang memenangi anugerah tersebut untuk terus maju ke hadapan. Maklum balas yang diterima daripada para penonton juga amat menggalakkan dan menyuntik semangat kepada kami untuk terus berusaha lebih gigih untuk menerbitkan produk yang lebih bermutu di masa akan datang,†ujar En. Ahmad Izham Omar lagi.
Tahun ini, pengacara TV berkaliber, Ally Iskandar bergandingan dengan pelakon wanita sensasi, Rozita Che Wan untuk mengemudikan majlis penganugerahan manakala acara karpet merah telah dikendalikan oleh pasangan Adzriefaiz Adzlan (Faiz) dan Nabila Huda bersama Nik Husna Nik Ali, Juara Hos Bintang Pantene.
Secara keseluruhan, Anugerah Skrin 2011 telah mempertandingkan 23 kategori meliputi drama, filem dan penerbitan dalaman serta 2 Anugerah Khas iaitu Anugerah Yasmin Ahmad dan Anugerah Artis Harapan Pantene. Tenaga penerbitan Anugerah Skrin 2011 diketuai oleh Puan Hamsiah Biri selaku penerbit.