in , , ,

Rashidi Ishak & Vanidah Imran Bercerai 9 Ogos 2018 Selepas 17 Tahun Bersama

Mungkin dah tiada jodoh untuk bersama lagi. Itulah ketentuan-Nya. Teka-teki mengenai status perkahwinan pasangan selebriti Rashidi Ishak dan Vanidah Imran akhirnya terjawab apabila aktor itu mendedahkan mereka telah bercerai pada 9 Ogos tahun lalu.

Rashidi Ishak berkata, dia tidak berniat untuk merahsiakan berita perpisahan mereka, sebaliknya berbuat demikian demi menjaga perasaan dan privasi serta menghormati keluarga kedua-dua pihak.

Rashidi mendedahkan perkara tersebut menerusi satu entri dalam Instagramnya pada 20 Mac 2019.

Rashidi Vanidah Bercerai
Rashidi Vanidah Bercerai

Menurut pelakon filem Setem itu, dia tidak berniat untuk merahsiakan perkara tersebut daripada pengetahuan umum, namun terpaksa berbuat demikan

“Pada 9 Ogos 2018, saya dan Vanidah telah memfailkan pembubaran perkahwinan. Dan secara rasmi di hadapan hakim di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, kami menamatkan perkahwinan selama 17 tahun dengan penuh rasa hormat dan persefahaman,”

– Rashidi Ishak
Vanidah Imran & Rashidi Ishak
Gambar lama yang Budiey ambil pada tahun 2010 di sebuah acara malam gala sebuah filem.

Dalam pada itu, Rashidi turut mengakui kelemahannya sebagai ketua keluarga antara punca perceraian mereka.

“Pentadbiran yang gagal dalam mana-mana institusi (keluarga) adalah disebabkan kepimpinan yang tidak cekap dan lemah,”

– Rashidi Ishak

Sebelum ini pernah timbul desas-desus mengenai perceraian mereka bagaimanapun mereka memilih untuk mendiamkan diri.

Menerusi perkongsian sama, bintang filem Cinta itu turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa memberikan sokongan kepada dirinya dan bekas isteri.

Mengenai punca keruntuhan mahligai yang dibina sejak 17 tahun lalu itu, Rashidi memberikan bayangan ia disebabkan kegagalannya sebagai ketua keluarga.

“Sikap tidak puas hati yang berpanjangan, ditambah dengan sering berasa diri ditindas oleh pemimpin keluarga turut menyumbang kepada perceraian.

“Kesalahan bagi kegagalan dalam mana-mana perkahwinan selalunya diletakkan ke bahu imam. Ia mungkin benar atau tidak. Imam yang baik akan sentiasa bersinar dalam apa juga keadaan. Tetapi, saya pula bukanlah imam sedemikian,”

– Rashidi Ishak

Sekitar tahun lalu, bertebaran desas-desus mengenai keruntuhan rumah tangga pasangan pelakon ini. Namun, mereka memilih untuk tidak mengulas mengenai khabar angin terbabit.

Sekitar 2012, pelakon ini mencetuskan kontroversi https://www.budiey.com/isu-lafaz-cerai-rashidi-ishak-kepada-vanidah-imran-filem-untuk-3-hari/Isu Lafaz Cerai Rashidi Ishak Kepada Vanidah Imran Filem Untuk 3 Hari sehingga ada pihak yang menggesa pasangan ini rujuk semula.

Lafaz cerai yang diungkapkan oleh Rashidi sewaktu melakonkan watak Zafrin dalam filem itu menyebabkan perkahwinan sejak 1 Oktober 2000 antara beliau dan Vanidah tidak sah di sisi agama.

Rashidi, 45, dan Vanidah, 46, mendirikan rumah pada 1 Oktober 2000. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Mikhail Imran, 18 dan Maryam Rashika, 15.

Vanidah Imran & Rashidi Ishak

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Walau Dah Berhijab, Jihan Muse Tak Akan Ubah Perwatakan

Penyanyi Popular Meriahkan KONSERT EVOLUSI 73