in , ,

Rasai Pengalaman Baharu Bersama Galaxy: Mudah, Menarik & Penuh Gaya

Pernah terfikir untuk tukar telefon, tetapi bimbang dengan proses pembelajaran semula yang mencabar? Jangan risau, kerana Samsung ada penyelesaiannya dengan aplikasi Cuba Galaxy!

Aplikasi ini memudahkan anda untuk mencuba dan merasai sendiri pengalaman menggunakan peranti Samsung tanpa perlu bertukar telefon terlebih dahulu. Jom kita terokai apa yang menarik dengan kemas kini terbaru ini.

One UI 6.1.1: Lebih Mudah, Lebih Pintar

Samsung baru sahaja mengemaskini aplikasi Try Galaxy dengan memperkenalkan One UI 6.1.1, yang memberikan anda rasa bagaimana sistem operasi terbaru mereka berfungsi. Apa yang best? Galaxy AI yang ditambah baik akan memudahkan hidup anda dengan ciri-ciri pintar yang lebih cekap dan mesra pengguna. Bayangkan, anda boleh menjalankan tugas harian dengan lebih pantas dan mudah!

Namun, jika anda rasa susah nak biasakan diri dengan ekosistem Samsung, jangan risau. Cuba Galaxy menyediakan panduan ringkas yang akan membantu anda memahami bagaimana untuk beralih dari peranti lama kepada peranti Samsung. Tambahan pula, dengan Suis Pintar, anda boleh memindahkan data dari telefon lama dengan mudah dan selamat.

Rasai Pengalaman Baharu Bersama Galaxy: Mudah, Menarik & Penuh Gaya

Realiti Tertambah (AR): Cuba Dulu, Baru Beli!

Nak tahu peranti yang paling sesuai dengan gaya anda? Cuba Galaxy kini dilengkapi dengan pengalaman Realiti Tertambah (AR) untuk peranti boleh pakai seperti Galaxy Watch dan Buds. Anda boleh ‘mencuba’ jam tangan atau earbud pada jari dan pergelangan tangan anda secara maya untuk lihat warna dan reka bentuk yang paling sesuai dengan anda. Mudah, kan?

Personalisasi: Jadikan Telefon Anda Unik

Samsung tahu bahawa setiap orang ada citarasa tersendiri, sebab itulah personalisasi adalah satu keutamaan mereka. Melalui Cuba Galaxy, anda boleh menjelajah pelbagai tema, palet warna, dan wallpaper yang tersedia. Anda akan dapat gambaran jelas bagaimana telefon Samsung boleh disesuaikan mengikut gaya dan personaliti anda.

Samsung Galaxy Z Flip6

Kuasa Z Fold6 dan Z Flip6: Skrin Boleh Lipat, Pengalaman Tak Terbatas

Pengalaman Cuba Galaxy ini memang lebih menarik dengan peranti terbaru Samsung, iaitu Z Fold6 dan Z Flip6. Kedua-dua peranti ini memanfaatkan skrin besar yang boleh dilipat, memberikan anda pengalaman menonton video atau menjalankan tugas dengan lebih fleksibel dan seronok. Anda boleh lihat sendiri bagaimana peranti ini berfungsi melalui video dan demonstrasi yang disediakan.

Cuba Galaxy Sekarang!

Tak sabar nak cuba? Anda boleh terus mula meneroka ciri-ciri ini di telefon anda sendiri! Hanya imbas kod QR di https://bit.ly/SamsungTryGalaxy dan mula alami pengalaman Cuba Galaxy hari ini. Aplikasi ini tersedia untuk telefon pintar Android yang menyokong versi terbaru pelayar internet Chrome dan Samsung.

Rebat dan Tawaran Menarik!

Jika anda tertarik dengan Galaxy Z Fold6 atau Z Flip6, ini masa yang sesuai untuk membeli! Dari 2 Ogos hingga 30 September 2024, Samsung menawarkan rebat eksklusif RM500 untuk setiap pembelian. Malah, anda boleh mendapat potongan tambahan RM700 jika menukar masuk peranti lama anda. Jangan lepaskan peluang ini!

Untuk maklumat lanjut dan pembelian, lawati:

Dengan Cuba Galaxy, anda boleh alami sendiri kehebatan peranti Samsung sebelum membuat keputusan. Teroka, cuba, dan rasai perbezaannya!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pengantin Sampah? Siti Jamumall & Aiman Tak Kisah, Terus Hidup Bahagia!

Ulasan Drama The Secret di Viu, Kisah Misteri Menyentuh Jiwa Anda