in ,

Rasa Terharu, Siti Elizad Kongsi Momen Berharga Dapat Berbual dengan Tunku Azizah Pasal IVF

SETELAH melalui episod duka kerana dihina mandul oleh individu tidak bertanggungjawab di laman sosial, aktres Elizad Sharifuddin meluahkan rasa terharu dan gembira apabila mendapat panggilan daripada Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Selepas menyifatkan kesedihannya seperti terubat dengan hadiah ‘pelangi’ dari Allah, Siti Elizad hari ini dianugerahkan kegembiraan berganda dan terasa seolah-olah bermimpi apabila dihubungi sendiri Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang bertanyakan khabar tentang dirinya.

Elizad cukup terharu dengan kesudian Tuanku Permaisuri yang turut mengikuti kisah tular berhubung gelaran mandul yang dilemparkan kepadanya oleh seorang individu dalam media sosial baru-baru ini.

Siti Elizad

“Hari ini hari yang sangat menggembirakan hati saya. Menerima panggilan telefon daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Permaisuri Azizah yang bertanyakan keadaan saya.

“Tuanku Permaisuri terbaca kisah yang mengatakan saya ‘mandul’ tempoh hari. Perkara ini sangat menyentuh hati saya setelah mendapat panggilan telefon Permaisuri,”

– Siti Elizad

Kata Elizad lagi, dia bagaikan tidak percaya apabila Permaisuri yang selama ini menjadi idolanya dalam perjalanan untuk melakukan kaedah In Vitro Fertilisation (IVF) sudi mencemarkan duli bertanyakan khabar tentang dirinya.

“Terkejut. Semua ada. Rasa macam mimpi dapat bercakap dengan Tuanku Permaisuri yang saya sendiri jadikan idola dalam cerita perjalanan IVF saya.

“Sesungguhnya Tuanku Permaisuri sangatlah prihatin dengan kisah saya yang bukanlah siapa-siapa,”

– Siti Elizad

Semasa dihubungi Tuanku Permaisuri, Elizad berkata, Tuanku Permaisuri turut menitipkan kata-kata semangat, bercerita sendiri tentang pengalamannya melakukan rawatan IVF sebanyak 17 kali yang menyakitkan.

Siti Elizad

Ketika ditemu bual Tuanku Permaisuri, Elizad tidak mampu menggambarkan kegembiraannya.

“Terlalu gembira dapat berbual dengan Permaisuri yang disayangi semua. Sungguh keibuan sifat Tuanku,” tulisnya dalam Instagram

Bahkan, Tuanku Permaisuri turut berkata bahawa dia menonton drama lakonan Elizad sebelum ini dan bertanyakan sama ada dia masih berlakon atau tidak.

“Sempat juga Tuanku beritahu bahawa dia menonton drama lakonan saya sebelum ini dan bertanyakan jika saya sudah tidak berlakon lagi

“Allahuakhbar. Terima kasih Tuanku Permaisuri. Ampun Tuanku,” katanya.

“Saya terkejut, tak sangka Tunku ikut perkembangan IVF saya, Tuanku tengok drama-drama saya, ”

– Siti Elizad

Terdahulu, selain digelar mandul, Elizad juga dihina dengan kata-kata kesat dan tidak solat oleh individu tidak dikenali berikutan belum dikurniakan zuriat sejak enam tahun mendirikan rumah tangga.

Rentetan daripada itu, dia bertindak membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Jalil kerana tuduhan tersebut disifatkan telah melukakan hatinya sebagai seorang wanita dan isteri.

Sebelum ini, Elizad pernah menjalani proses rawatan kesuburan In vitro fertilisation (IVF) bagi mendapatkan cahaya mata pada September tahun lalu namun disahkan mengalami keguguran pada November.

Untuk rekod, Elizad mendirikan rumah tangga bersama Shamsul Baharin Rahman pada 11 Januari 2015. –

Minggu lalu, Elizad membuat laporan polis terhadap seorang pemilik akuan Facebook yang menghinanya kerana mempunyai masalah gangguan kesuburan.

Menurut Elizad dia cukup terkesan apabila ditu.duh sebagai m.andul hanya kerana usahanya untuk mendapatkan zuriat belum dimakbulkan.

Dalam pada itu, Elizad berkata, Tunku Azizah turut memberi kata-kata semangat dan berkongsi pengalamannya menjalani sesi r.awatan kesuburan perseny.awaan in-vitro (IVF) sebanyak 17 kali.

“Tunku sangat prihatin dengan kisah saya yang bukan siapa-siapa. Tunku beri kata-kata semangat, cerita sendiri tentang pengalaman Tunku sebanyak 17 kali tempuh IVF. Memang menya.kitkan.

Ia sangat membuatkan hati saya tersentuh. Terharu dan terkejut semua ada. Macam mimpi dapat bercakap dengan Tunku Permaisuri

“Hanya yang mengalami sahaja yang merasai. Tiada kata yang mampu saya gambarkan, terlalu gembira dapat berbual-bual dengan permaisuri yang disayangi semua.

“Paling menarik apabila Tunku minta saya update semua progres IVF lepas ni. Saya jadi g.ugup, terketar-ketar bercakap tadi… nangis.

“Tunku pula banyak kali cakap don’t cry… don’t cry.”

– Siti Elizad

Sementara itu Elizad turut menegaskan perkongsiannya berkaitan perjalanan IVF di laman sosial hanya untuk memberi kesedaran dan maklumat kepada wanita senasib dengannya.

“Tiada paksaan pun untuk ikuti kisah saya. Terpulang pada followers.

“Sama juga macam para ibu yang lain. Berkongsi tentang kecomelan anak-anak mereka di media sosial, ”

– Siti Elizad

Untuk rekod, Elizad pernah menjalani r.awatan kes.uburan perseny.awaan in-vitro (IVF) pada November tahun lalu namun masih belum dikurniakan rezeki cahaya mata.

Pelakon drama bersiri Jalan Sesat Ke Syurga itu mendirikan rumah tangga dengan Shamsul Baharin Rahman pada 11 Januari 2015.

SITI ELIZAD
Siti Elizad bersama suami

Tunku Azizah berkahwin dengan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah pada 1986.

Di awal perkahwinan baginda telah diuji apabila mempunyai masalah untuk mendapatkan zuriat dan kerap kali mengalami keg.uguran.

Namun, hasil usaha dengan menggunakan kaedah In-Vitro dan baginda berjaya hamil dan melahirkan empat cahaya mata.

Hal ini telah memberikan inspirasi kepada baginda untuk mengasaskan Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (Tunku Azizah Fertility Foundation, TAFF) bagi membantu pasangan-pasangan yang ingin mendapatkan cahaya mata tetapi tidak berkemampuan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Telemovie PARI-PARI NAIK LORI MENCUIT Hati di TV2

Zila Bakarin Jadi Ejen Cari Jodoh? Dalam Telemovie CEK SOM ONGAH di TV2