in , ,

Rasa Suri Semarakkan Semangat Hari Merdeka dengan Masakan Tradisi

Sempena bulan kemerdekaan yang ke-67, Rasa Suri, jenama yang sinonim dengan masakan Melayu tradisional, menganjurkan sebuah program kemasyarakatan bertajuk “Semarak Kemerdekaan.”

Program ini, yang berlangsung pada 17 Ogos 2024, di Perkarangan Dewan Komuniti Fasa 18 R13, Presint 18, Putrajaya, turut disokong oleh Puteri UMNO Bahagian Putrajaya dan Wanita UMNO Bahagian Putrajaya.

Rasa Suri Semarakkan Semangat Hari Merdeka dengan Masakan Tradisi Malaysia

Jom Masak dan Menang Bersama Rasa Suri

Acara utama program ini adalah pertandingan memasak “Jom Masak dan Menang Bersama Rasa Suri,” di mana para peserta diberi cabaran untuk menggunakan kiub masakan Rasa Suri sebagai bahan utama dalam menu mereka.

Rasa Suri Semarakkan Semangat Hari Merdeka dengan Masakan Tradisi Malaysia

Pertandingan ini bertujuan untuk memperkenalkan masakan Melayu tradisional kepada masyarakat, sambil mempromosikan produk Rasa Suri yang terkenal dengan slogan “Macam Mak-Mak Kita Masak.” Produk Rasa Suri, yang dihasilkan tanpa MSG dan disahkan halal, menjadi pilihan ramai kerana kemudahannya dan kesesuaian untuk semua peringkat umur.

Rasa Suri Semarakkan Semangat Hari Merdeka dengan Masakan Tradisi Malaysia

Pengasas dan Pengarah Urusan Rasa Suri, Surazi Jais, berkata, “Melalui acara sebegini, kita dapat menyaksikan kreativiti dan teknik masakan yang unik daripada 22 kumpulan yang bertanding. Mereka memperkenalkan hidangan warisan tradisi seperti Ayam Masak Gulai Lemak Cili Api, Ayam Masak Merah, Daging Masak Hitam, dan Sambal Tumis Udang.

Program ini bukan sahaja mempromosikan masakan tradisi Malaysia, tetapi juga mencungkil bakat terpendam para peserta. Kami berhasrat untuk menjelajahi seluruh Malaysia dengan memperkenalkan masakan tradisi menggunakan produk Rasa Suri.”

Rasa Suri Semarakkan Semangat Hari Merdeka dengan Masakan Tradisi Malaysia

Aktiviti Menarik Lain dan Sokongan Komuniti

Selain pertandingan memasak, program ini turut meriah dengan pelbagai aktiviti lain seperti pertandingan mewarna, pertandingan busana tradisional bagi kanak-kanak, serta sukan rakyat seperti congkak dan batu seremban.

Rasa Suri Semarakkan Semangat Hari Merdeka dengan Masakan Tradisi Malaysia

Kehadiran pelbagai lapisan masyarakat memeriahkan lagi suasana, dengan hadiah cabutan bertuah disediakan oleh penaja seperti Mamee, Vida, Yobick, Fruit Plus, serta rakan strategik Puteri UMNO Bahagian Putrajaya, Majlis Perwakilan Penduduk Putrajaya – Sub Zone 1, dan Badan Amal Kasih Ibu Wilayah Persekutuan.

Rasa Suri Semarakkan Semangat Hari Merdeka dengan Masakan Tradisi Malaysia

Tidak ketinggalan, gerai-gerai jualan turut dibuka sepanjang program berlangsung, menawarkan pelbagai produk seperti Kuih Corner, Kopiku, baju tradisional, ais krim pop, serta booth jualan produk Rasa Suri sendiri.

Rasa Suri Semarakkan Semangat Hari Merdeka dengan Masakan Tradisi Malaysia

Sokongan dan Penutup Program

Program ini mendapat sokongan penuh daripada YBhg Datin Seri Utama Datuk Anggraini Binti Sentiyaki selaku penasihat Persatuan Badan Amal Kasih Ibu Wilayah Persekutuan, manakala majlis penutup disempurnakan oleh YB Senator Datuk Mohd Hisamudin Bin Yahaya, Naib Ketua Bahagian UMNO Putrajaya.

Rasa Suri Semarakkan Semangat Hari Merdeka dengan Masakan Tradisi Malaysia

Rasa Suri berharap program seumpama ini dapat diteruskan untuk memperkenalkan masakan tradisi Malaysia kepada lebih ramai rakyat, sambil memupuk semangat kemerdekaan. Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti dan program Rasa Suri, orang ramai boleh melayari laman web rasmi atau mengikuti akaun media sosial Rasa Suri.

Website: rasasuri.co
Instagram: @rasasuri.my
TikTok: @_rasasuri

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Wany Hasrita & Khai Bahar Kini Duta Terbaru Produk Nongshim Shin Ramyun

ALVN Perkenal Diri dengan Album ‘between the lines’ Bermula dengan ‘rescue me’