Bagaimanapun, Ras menyangkal dakwaan tersebut dan menjelaskan bahawa sebelum ni dia memang tidak bertudung tetapi hanya mengenakan turban atau skaf sahaja untuk menutup kepala.
“Saya tidak pakai tudung. Saya cuma kenakan skaf atau turban sahaja. Semoga saudari dilindungi Ilahi selalu dan diberikan pedoman senantiasa,”
– Ras Adiba Radzi
Ras tampil memberikan penjelasan apabila ditanya oleh salah seorang netizen di laman Instagramnya berhubung imejnya terkini yang dilihat sudah tidak menutup bahagian rambutnya.
Sebelum ini, Ras tampil dengan imej bertutup kepala dengan kebanyakannya menggunakan gaya lilitan turban. Sejak 2013, Ras tampil dengan imej berturban ketika membaca berita di saluran televisyen tempatan.