Rapper wanita yang membawa imej bertudung dan berbaju kurung ini pernah menggemparkan rakyat Malaysia awal bulan ini, apabila namanya dilaporkan dalam portal antarabangsa menerusi sebuah artikel The New York Times dan sebuah video daripada Bloomberg. Bunga atau nama sebenar Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari mula menjadi sebutan ramai setelah persembahan perdananya di program Festival Seni Melayu ‘Pesta Raya’ di Singapura pada Jun lalu.
Imejnya sebagai gadis Melayu beragama Islam yang menutup aurat dan memelihara kesopanannya dengan bertudung dan berbaju kurung ketika menyampaikan bait-bait lirik dalam bentuk rap ternyata sesuatu yang unik dan luar biasa sehingga namanya menjadi tular ke seluruh dunia.
Bunga yang sebelum ini menggunakan nama pentas Bungaisme mula mencipta nama di arena Hip Hop tempatan apabila menjadi peserta dalam musim kedua program ‘16 Baris’ yang dicipta rapper terkenal Joe Flizzow. Kini anak jati Perak ini bakal muncul pula dengan single debutnya yang diberi judul namanya sendiri “BUNGAâ€.
“BUNGA†merupakan karya ciptaan Bunga sendiri bersama figura yang cukup dikenali dalam arena Hip Hop tempatan iaitu Tripdisz dan Lady D. Manakala lirik pula ditulis oleh Bunga sendiri bersama Lady D.
Lagu yang membawa genre Hip Hop tetapi diberi sentuhan elemen elektropop ini mampu menangkap telinga sesiapa sahaja dengan melodi yang ‘catchy’ dan lirik yang santai.
Rapper muda berusia 19 tahun ini berharap agar lagu pengenalannya ini bukan saja mendapat reaksi positif peminat Hip Hop tetapi diterima baik oleh peminat muzik arus perdana.
Kemunculan Bunga dengan gaya tersendiri ini pastinya mampu memeriahkan lagi industri muzik tanahair dan menggalakkan lagi gadis sepertinya untuk cuba berkecimpung dalam arena muzik Hip Hop yang rata-ratanya dimonopoli oleh golongan lelaki.
Single “BUNGA†terbitan dan edaran Warner Music Malaysia ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox , Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 26 JULAI 2019.
Ikuti perkembangan lanjut Bunga di Instagram: https://www.instagram.com/bungaisme
Pautan untuk “BUNGA†: https://wmm.lnk.to/BungaBungaisme