Pengembaraan baru menanti anda di kawasan KL Sentral dengan munculnya jenama Aloft di Malaysia.
Terletak benar-benar di hadapan pusat pengangkutan stesen Kuala Lumpur Sentral, yang merupakan stesen keretapi terbesar di Asia Tenggara, hotel Aloft KL Sentral mempunyai 482 buah bilik bebas rokok berkonsep ‘loft’ atau loteng. Ia juga adalah hartanah Aloft terbesar di dunia!
Dengan pusat stesen tren hanya beberapa minit dari pintu masuk hotel, ia juga berdekatan dengan kawasan perdagangan Little India, Muzium Negara, Taman Burung serta Taman Tasik Perdana. Apatah lagi ia hanya mengambil masa 28 minit dari hotel ini ke lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur dengan menaiki ERL atau Express Rail Link yang juga dikenali sebagai KLIA Express. Sebuah pusat membeli-belah juga bakal dibuka di situ tidak lama lagi.
[dropcap]D[/dropcap]ari tingkat lima hingga 29, kesemuanya dipenuhi dengan ‘asleep’ – nama yang diberi khas untuk bilik-bilik tamu Aloft. Terdapat 465 buah bilik Loft atau ‘loteng’ dan bilik-bilik urban, sementara dua lantai dipenuhi dengan bilik-bilik suite yang digelar Sweet Suite serta bilik suite terbesar iaitu Breezy Suite.
[pullquote align=”right”]Digabungkan dengan sedikit unsur hotel-hotel W, Aloft sesuai buat pelancong moden yang sukakan pengalaman unik kala menginap. Perhiasan bilik di sini memang moden dan sangat praktikal. Kesemua bilik lengkap dengan sambungan wi-fi, barangan mandian Bliss Spa, TV layar leper dan senireka dalaman yang unik.[/pullquote]
Tamu juga boleh bersantai di wxyz bar sambil bermain pool atau menikmati minuman. Manakala di tingkat 30 pula terdapat MAI Bar yang memberikan pandangan terindah kota Kuala Lumpur sambil menawarkan muzik sentuhan DJ tempatan dan antarabangsa terkemuka.
Soal makan pula Aloft KL Sentral menawarkan Nook, sebuah tempat makan seharian yang menyajikan aneka makanan tempatan dan antarabangsa. Jika berpeluang ke sana pastikan anda mencuba hidangan khas mereka iaitu Laksa Sarawak, nasi lemak, Nasi ayam serta burger Aloft.
re:fuel by Aloftâ„ pula adalah sebuah kawasan layan-diri di mana tamu boleh mengambil makanan sihat pilihan anda.