Rancangan ntv7 menang dua kali berturut-turut di Anugerah Hak Asasi Manusia
[dropcap]B[/dropcap]agaikan bulan bertuah, stesen ntv7 yang baru sahaja memenangi anugerah Rancangan Realiti Terbaik di Asian Television Awards ke 17 sekali lagi membawa pulang satu lagi pencapaian setelah diumumkan sebagai pemenang dalam Anugerah Hak Asasi Manusia 2012 SUHAKAM yang berlangsung di Hotel Sheraton, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Wartawan penyiaran, Selina Kong sekali lagi menerima Anugerah Media menerusi liputannya berjudul – Give Life A Second Chance – di dalam rancangan dokumentari, “7 Zoom In”.
Ini merupakan kali kedua Selina menerima penghormatan itu selepas kemenangannya dalam kategori yang sama tahun lalu.
“Saya berasa amat gembira menerima penghormatan ini buat kali kedua di Anugerah Hak Asasi Manusia SUHAKAM. Pengiktirafan ini merupakan pencapaian besar buat saya sebagai wartawan penyiaran dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ntv7 dan pasukan produksi di sebalik dokumentari hebat ini. Ia memberi kepuasan buat saya dan pasukan produksi kerana “7 Zoom In” memberikan ruang buat kami untuk menyatakan sesuatu bagi pihak yang sukar meluahkan rasa hati mereka serta memberi kesedaran kepada masyarakat tentang isu-isu yang berlaku di negara kita,” kata Selina, 28 tahun.
Laporan yang berjaya memenangi hati panel penjurian itu membincangkan isu berkaitan penalti hukuman mati dengan sentuhan berbeza dimana sebuah temubual khas dijalankan bersama keluarga banduan yang dikenakan hukuman mati – Cheong Chun Yin dan Yong Vui Kong – di mana mereka disabitkan menyeludup dadah ke Singapura.
“Laporan dokumentari ini bukan sahaja berkongsi tentang fakta mahupun soal statistik tetapi untuk memberi lebih kefahaman kepada para penonton tentang isu ini dengan menitikberatkan pandangan kemanusiaan. Laporan ini turut berkongsi pandangan dan perasaan ahli keluarga banduan tersebut. Apa yang menyentuh perasaan saya adalah apabila ayah kepada Cheong Chun Yin bertanyakan bagaimana di boleh menyelamatkan nyawa anaknya. Pada saat itu saya hanya terkelu dan bersimpati terhadapnya. Apa yang saya mampu katakan padanya ialah jangan berputus asa,” kata Selina.
“Jika anda bertanya saya apakah itu ‘hak manusia’”? bagi saya hak manusia adalah untuk diberikan peluang kedua – setiap manusia layak menerima peluang yang lain dan itulah yang cuba kami sampaikan di dalam laporan khas ini,” tambah Selina.
[pullquote align=”right”]Ini kali kedua Selina menerima penghormatan itu selepas kemenangannya dalam kategori yang sama tahun lalu.[/pullquote]
Pada tahun 2012, Selina menerima anugerah Hak Asasi Manusia di dala kategori media melaui laporan berjudul Young Maid For Sale yang menyentuh isu remaja wanita Kemboja berusia 14 tahun yang di bawa ke Malaysia untuk bekerja sebgai pembantu rumah secara haram.
Laporan ini dibawakan menerusi rancangan berita dan hal ehwal semasa, “Siasat Mandarin”. Selina yang telah menyertai ntv7 selama lima tahun telah menimba pelbagai pengalaman kerja di dalam rancangan berbentuk berita dan hal ehwal semasa sebelum menyertai rancangan “7 Zoom In” yang bersiaran setiap hari Khamis, jam 11.30 malam.
Lai Cheah Yee, Pengurus Kumpulan Pengurusan Jenama ntv7 berkata:
“ntv7 amat berbesar hati untuk menerima anugerah media ini dan saya ingin mengucapkan sekalung taniah buat pasukan di sebalik ‘7 Zoom In’ yang telah bekerja keras dan meletakkan usaha yang tinggi untuk memberikan kandungan yang berkualiti buat para penonton. Walaupun ntv7 bukanlah sebuah sahaja peneraju rancangan berbentuk berita dan hal ehwal semasa namun saluran kami tetap sentiasa mencari idea dan konsep baru dan inilah yang kami temui dalam rancangan ini.”
Anugerah Hak Asasi Manusia SUHAKAM yang dianjurkan setiap tahun adalah untuk mengiktiraf usaha organisasi-organisasi dan pihak individu yang mempertahankan hak manusia di dalam negara serta bertujuan memberi kesedaran dan menunjukkan keprihatinan terhadap pencabulan hak asasi manusia serta kurangnya kefahaman terhadap isu yang melanda masyarakat masa kini.
Acara itu juga diadakan bersempena Hari Hak Asasi Manusia Sedunia bertemakan “My Voice Counts – Inclusion and the Right to Participate in Public Life”.