in

Rancangan Khas Deepavali 2014 di RTM

Bertemakan “Semarak Cahaya Bersama RTM”, Radio Televisyen Malaysia (RTM) memeriahkan sambutan Deepavali pada 22 Oktober ini dengan variasi program khas menerusi saluran TV dan Radio RTM.

Sebanyak 12 program menarik dijanjikan menemui penonton setia saluran TV1 dan TV2 manakala program Radio RTM secara keseluruhannya menyediakan lima belas (15) program masing-masing empat belas (14) menerusi saluran MINNALfm dan sebuah rancangan istimewa di TRAXXfm.

Istimewa di TV1 menjanjikan tayangan telemovie mengisi slot Panggung Ahad bertajuk “Antara Capati dan Belacan” pada 19 Oktober, pukul 10.05 pagi dan filem “Estet” pada 22 Oktober, pukul 3.00 petang.

Sepuluh (10) program khas pula mewarnai saluran TV2 bermula menjelang sambutan Deepavali pada 21 Oktober dengan siaran The Making of : Ops Kossa Dappa 3 (The Final Dappa); pukul 3.30 petang dan diikuti hiburan Amarkala Deepavali; pukul 8.00 malam.

Sepanjang Hari Deepavali pada 22 Oktober, saksikan filem-filem hebat termasuklan Ops Kossa Dappa 3 (The Final Dappa); pukul 10.00 pagi, 7aam Arivu; pukul 2.00 petang, An Evening In Paris; pukul 10.00 malam dan Nalla Neram; pukul 12.00 tengah malam. Esoknya, 23 Oktober, berhibur dengan filem Daddy Cool Munde Fool; pukul 2.00 petang dan Deep Ekta Ke; pukul 4.30 petang.

RTM menerusi Unit Drama TV turut berkongsi meneriahan Deepavali ini dengan menghidangkan drama bertajuk “Hadiah” pada 24 Oktober, pukul 2.00 petang yang mengetengahkan pelakon Jasmin Michael, Csmurugan Chandran, K S Maniam Subramaniam, Rajam, Erry Putra, Zika Xiandra, Syed Ali dan Ieda Moin.

Peminat filem turut diajak menyaksikan filem hebat bertajuk Enthiran yang disiarkan pada 26 Oktober; pukul 2.00 petang, sebuah filem yang pembikinannya paling mahal di India sekitar tahun 2010 lakonan pelakon Tamil popular Rajnikanth bergandingan dengan Aishwarya Rai.

Sementara itu, sambutan Deepavali 2014 turut diraikan RTM bersama pendengar setia radio-radio milik RTM menerusi MINNALfm dan TRAXXfm.

Ceria di MINNALfm diisi dengan empat belas (14) program seperti Juruhebah Bersama Pendengar” pada 1 – 16 Oktober; pukul 1.30 petang, Kuiz Sketsa Deepavali pada 6 – 22 Oktober, pukul 7.30 malam, rancangan masakan bertajuk Resepi Cookies pada 8 – 20 Oktober; pukul 8.30 pagi, Pengalaman Pendengar Menyambut Deepavali pada 13 – 22 Oktober, pukul 2.30 petang dan Persembahan Muzikal Artis Tempatan dan Luar; pukul 11.10 malam.

Dua hari menjelang Deepavali iaitu 20 Oktober, berhibur dengan Konsert Deepavali, Little India, Brickfield, Kuala Lumpur; pukul 7.30 malam yang menampilkan artis-artis terkenal dengan lagu popular mereka. Sambutan dimeriahkan dengan Majlis Rumah Terbuka MINNALfm di HGH, Convention Centre, Sentul pada 21 Oktober; pukul 7.30 malam.

Raikan 22 Oktober dengan program Salam Deepavali; pukul 12.00 tengah malam, Lagu Kannan pukul 5.00 pagi, Kunjungan ke Rumah Pendengar Bertuah bersama Minnalin Kannan; pukul 8.30 malam, Drama Deepavali; 7.30 malam dan persembahan Muzikal India dua hari berturut-turut pada 22 dan 23 Oktober, pukul 10.30 malam.

Hiburan diteruskan dengan program Cahaya Kasih Deepavali Bersama Kanak-Kanak; pukul 8.00 pagi dan Dokumentari Khas Deepavali di Myanmar yang disiarkan pada 23 Oktober ini.

Eksklusif di TRAXXfm pula membawakan kepada pendengar program Deepavali Special Wit D Star pada 22 Oktober; pukul 3.00 petang.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zizan Razak di Pelancaran Burgerbyte Shah Alam Hari Ini

Tony Roma’s Donates RM20,000 to Rumah Titian Kaseh