in ,

Ramlah Ram Risaukan Ibu & Adik Positif Covid-19, Mohon Doa Orang Ramai

Penyanyi Ramlah Ram berkongsi berita duka apabila ahli keluarga terdekat iaitu ibu dan adiknya telah disahkan positif virus Covid-19 pada Ahad lalu.

Penyanyi Ramlah Ram memohon doa orang ramai selepas ibu dan adiknya disahkan positif virus Covid-19 semalam.

Berita tersebut dikongsikan Ramlah, 56, menerusi satu status dalam Instagram miliknya sebentar tadi.

“Saya hamba yang tidak berdaya ini memohon bantuan semua. Tolong doakan mak dan juga adik saya, Shafiei cepat sembuh.

“Mohon semua keluarga saya di Kluang, Johor dijauhkan daripada penyakit ini. Baru semalam (ibu dan adik) disahkan positif Covid,” tulisnya.

– Ramlah Ram
RAMLAH-RAM

Penyanyi yang popular dengan lagu Selamat Jalan Romeo itu juga meluahkan rasa bimbang terhadap tahap kesihatan ibunya.

Hal ini kerana, menurut Ramlah, ibunya yang bernama Ne telah mencecah usia 80 tahun.

“Saya tengah tidak tahu hendak buat apa lagi, hanya mampu berdoa pada Allah. Saya amat risaukan keadaan mak dengan umur sudah mencecah 80 tahun.

“Sekali lagi, mohon tolong doakan kesembuhan mak dan adik saya. Semoga Allah akan membalas jasa baik kalian berlipat kali ganda. Amin,”

– Ramlah Ram

Sama-sama kita doakan semoga ibu dan adik serta keluarga Ramlah Ram kembali sembuh dan dihindari dari segala penyakit. Amin.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TRAVEL

Merai Segalanya Lokal Bersama Grab di Hari Malaysia

Filem OLYMPIC DREAM di Astro First Himpunkan Legenda Badminton & Sukan