Setelah hampir 4 tahun bertapa, Ramayan akhirnya tampil bersama rilisan terbaru dengan album penuh yang bertajuk ‘Di Persiaran Cakrawala’. Album ini mengandungi 10 buah lagu dengan atmosfera dan mood yang bervariasi, dimana para pendengar dibawa ke sebuah pengembaraan emosi dan pengalaman ‘sonic’ yang berbeza dengan rilisan sebelum ini. Album ini menampilkan lagu Single ‘Lamunan Anak Bulan’, yang telah dinobatkan sebagai pemenang ‘TAPAU Awards’ dalam kategori Lagu Terbaik Disember 2020 lalu. Mengambil masa 2 tahun dalam produksi pembuatan, ia juga menampilkan pemuzik berkaliber dari Indonesia, Mondo Gascaro selaku produser bersama yang telah meluangkan masa selama sebulan di Malaysia untuk bekerja sama dalam proses rakaman album ini.
Album yang dirakamkan di studio Ronggeng, Luncai Emas ini menggunakan teknik rakaman ‘track-by-track’ dan kebanyakannya menggunakan barangan musik “vintage†untuk mendapatkan kualiti dan nuansa rakaman seperti zaman 70an.
Syafie M.Nasir (vokalis, pemain gitar dan pemain keyboard) berkata,
“Kami pilih Lamunan Anak Bulan sbg single sebab kita percaya bahawa lagu ini adalah mukaddimah yang terbaik untuk mengenalkan orang ramai kepada muzik kami, terutamanya album kami yang baru ini. Waktu kami rilis pula satu negara sedang menjalani PKP, dan orang ramai pula dalam keadaan murung. Disebabkan itu kami rasa bahawa lagu ini dapat menaikkan semangat pendengar yang sedang merenungi nasib masing-masing.
Sebahagian besar kenapa album kami mengambil masa 2 tahun produksi adalah kerana proses pengadunan bunyinya yang sering diulang-ulang dan diperbetulkan. Susah untuk kami sebagai band untuk berpuas hati dengan hasil kami. Adakalanya sudah puas hati, tapi apabila didengari semula selepas beberapa hari, diperbetulkan lagi. Kami inginkan supaya album ini menjadi sebuah album yang menyerlah dari segi nilai komersial dan juga nilai kritikal, oleh itu kami meluangkan masa dalam produksi lebih lama.â€
Bunyian ‘Di Persiaran Cakrawala’ terinspirasi dari musik-musik pada masa lalu terutamanya dari artis-artis seperti The Beatles, Todd Rundgren, ABBA, David Bowie, dan artis legenda
Nusantara seperti Sweet Charity, Kembara, dan Allahyarham Sudirman Haji Arsyad. Kekuatan album ini adalah pada sebuah konsep yang lengkap ‘berpakej’, dimana musiknya adalah selari dengan visual yang dilihat pada desain kulit album serta fesyen yang diragakan mempengaruhi tema retro-futuristik.
Sementara itu, Omar Saifuddin (pemain bass) memberitahu,
“Konsep  album    Di   Persiaran    Cakrawala   simboliknya   mengisahkan tentang pengembaraan  kearah kedewasaan  secara  personal  dan  sebagai  band  Ramayan  dalam menghasilkan album tersebut secara amnya. Seperti proses pembelajaran dari segi penulisan lagu, lirik,  dan emosi/feel. Sumbangan idea dari setiap ahli band, dan kendalian  kerja disebalik lagu seperti bahagian teknikal mixing  dan mastering (post-production).
Keseluruhannya, album ini menampilkan pelbagai aspek baru yang dicuba oleh Ramayan untuk merekod lagu-lagu seperti penggunaan kaedah track-by-track, penambahan efek-efek bunyi latar (sound samples), penghasilan bunyi-bunyi vintaj yang unik (penggunaan instrument lama dyngan teknologi yang baru seperti plug-ins), dan bekerja bersama seorang produser dari Indonesia (Mondo Gascaro).
Album ini menampilkan 10 buah lagu yang ditulis sepenuhnya oleh ahli-ahli band sendiri. Album ini juga menampilkan banyak kolaborasi bersama pelbagai pihak seperti produser Mondo Gascaro, Pengarah Seni: Irfan Aljufri, Penata Seni: Muntasir Mohamed, Penata Busana: Dhani Illiani, dan Fotografi: Alif Ridzuan.â€
Que Azeem (pemain dram) menambah,
“Album kali ini ada mengenengahkan seorang produser yang bekerjasama bersama kami, Mondo Gascaro dari Indonesia iaitu seorang producer yang berjaya mengenengahkan musik Noh Salleh pada production single Angin Kencang, selain itu kami telah lama meminati kumpulan Mondo Gascaro, iaitu SORE. Kami berharap dengan adanya beliau bersama-sama membikin album kami ini boleh membuka ruang market kami ke Indonesia.â€
Terdahulu, Ramayan telah berjaya melebarkan sayapnya dan membawa nama Malaysia ke pentas antarabangsa menerusi mini-tur dan persembahan di festival luar negara, iaitu di Jakarta, Indonesia dan Seoul, Korea Selatan. Ramayan juga telah dipilih untuk menjadi kugiran pembukaan buat kugiran terkenal dari Australia, ‘The Temper Trap’ pada tahun 2017, dan berkongsi pentas bersama-sama para pemuzik unggul dari Indonesia seperti kugiran Barasuara dan Matajiwa (Anda Perdana) .Oleh kerana itu, tumpuan dan sasaran album kali ini bukan sahaja ditumpukan pada pendengar lokal sahaja, malah telah diluaskan kepada para pendengar di luar negara, terutamanya di negara-negara tersebut.
Que Azeem berkata,
“Untuk album kitorang kali ini, semua lagu merupakan lagu killer, semua lain-lain dan memang ada kekuatan tersendiri, anda wajib membelinya untuk mendengar kualiti yang berbeza dari paltform lainâ€.
Dengan taruhan musik yang lebih berkualiti kali ini, Ramayan berharap sekali lagi station Tv dan Radio tidak memilih bulu untuk mengetengahkan bunyian baru Malaysia supaya industri lebih terbuka, meriah dan bervariasi setaraf musik-musik antarabangsa agar terhapus sempadan antara ‘indie dan mainstream’. Hasrat Ramayan kepada peminat adalah supaya seni dan muzik mereka terus dapat dihargai, difahami, dihayati seterusnya dikongsi seluas yang boleh.
“..aku berani katakan album ini pastinya akan tercalon sebagai antara rilisan terbaik tahun ini, tak kiralah indie atau mainstream.†–Ahmad Faris, TAPAU.
“Pastinya single yang membuatkan saya teruja untuk album mereka.â€- Zim Ahmadi, Awful Track Record.
“Ini adalah buah tangan buat industri kita keluar dengan market fresh dan bunyian- bunyian baru..â€- Ilham, Unit Kreatif, Luncai Emas Sdn Bhd.
Track List Di Persiaran Cakrawala
- Signal
- Permulaan Cinta Intan
- Lamunan Anak Bulan
- Jakarta
- Moronik
- Di Persiaran Cakrawala
- Air Mata Raja
- Puas
- Taman Bahagia
- Kebebasan
Album yang berharga RM35.00 ini diedarkan oleh Gudang Suara Records dan album ini boleh didapatkan di kedai-kedai atau secara online di :
1. Gedung Malaya, Petaling Jaya
- Teenagehead Records, Subang Jaya
- Formatfizikal.recordstore, Kuala Lumpur
- Dreamprojectip, Ipoh, Perak
- Embracerecordsanddistribution, Johor Bharu
- Mlkmvmt, Melaka
- Ruas.store, Pulau Pinang
- Pekanmayarecords, Kuala Lumpur
- Ramayan pocketbook : http://www.enigmaramayan.wixsite.com/ramayanmusik
Kepada kedai-kedai lain diseluruh tanah air yang berminat untuk menjadi rakan sebaran album-album lokal di Gudang Suara Record boleh terus menghubungi Yasin 019-309 7590 untuk pembelian WHOLESALE.