in

RAMAYAN Band dari Luncai Emas Lancar Album

Kumpulan ‘band’ baru anakmuda – RAMAYAN menjadi pertaruhan terkini Luncai Emas untuk terus berjuang dan menempatkan nama artis-artis muda pelapis masa hadapan di dalam industri muzik tanahair.

RAMAYAN – sebuah kumpulan muzik yang terdiri daripada 5 orang anak muda berlatar belakangkan pelajar. Manakala genre muzik yang diketengahkan ialah “Nusantara Psychedelia”; punyai unsur-unsur gabungan Pop Ballad, Hard Rock, Blues, dan Muzik Melayu.

Ramayan

Pelancaran Artis Dan Album Terbaru – Ramayan

Dianggotai Syafi’i (vokal & gitar), Que (drum), Omar (bass), Nadz (keyboard) dan Amin (gitar), Ramayan terbentuk melalui kepercayaan mereka yang kuat akan muzik yang dibawakan serta bahasa lirik yang ‘deep’ dan puitis. Sebagaimana bait awal lagu Akhir Kalam ini :
Akhir Kalam

Mari sini,
Salji mewarnai tapak di mana ku berdiri,
Selagi kita ada,
Lahirlah rama-rama kenal tuhan,
Sayapnya getar dalam kesejukan

Lontaran dan tonasi suara vokalisnya – Syafi’i yang tersendiri juga mampu menjadikan Ramayan satu jenama yang baik dalam industri muzik kita.

Album pertama ini yang mendapat sentuhan produser muda – Acin Pukul (Acin Pitahati) menampilkan 5 buah lagu yang mampu menarik para pendengar masakini, iaitu Akhir Kalam, Hantu, Oh! Dewiku, Gemalai & Sepintas Sastera Hati.

Selain daripada merasmikan album mereka, klip video rasmi single pertama ‘Oh Dewiku’ turut dipertontonkan kepada media. Pemilihan lagu ini sebagai pertaruhan pertama buat pendengar kerana ia mempunyai ciri-ciri keremajaan yang bertemakan percintaan.

Kami juga percaya, sekarang adalah masa yang sesuai untuk memperkenalkan mereka memandangkan agak kurang artis baru ‘band’ ditonjolkan sejak kebelakangan ini. Kini Ramayan sedang menjalankan siri promosi bagi memperkenalkan album terbaru kepada umum.

Kepada yang mahu mengenali lebih tentang Ramayan ini, boleh terus melayari Facebook dan Instagram mereka iaitu @RamayanMusik.




Album ini adalah terbitan sepenuhnya oleh Luncai Emas Sdn Bhd , dan edaran oleh Gudang Suara Records.

CD Ramayan boleh didapati dengan harga pengenalan RM15.00 di cawangan-cawangan pengedar kami (sila lihat lampiran cawangan), atau tempahan terus ke pejabat Luncai Emas.

Manakala penjualan digital album ini di I-Tunes Store telah bermula hari ini juga (4 Oktober 2016) manakala ‘strim’ lagu-lagu ini akan bermula dalam masa yang terdekat ini juga.

Begitu juga dengan irama Nada Dering Pemanggil (caller ringtones) turut tersedia melalui laman web pengendali / Telco’s.

– Pesanan awal bagi mendapatkan CD album ini boleh dibuat secara terus kepada :

Luncai Emas Sdn Bhd
+603-6156 1357 / 6700

[email protected]

Untuk maklumat lebih lanjut sila layari Facebook Luncai Emas Sdn Bhd www.facebook.com/LCEMAS.

Ramayan

Luncai Emas berharap para peminat muzik tanahair dapat memberi sokongan kepada RAMAYAN dengan membeli terus CD dan juga album digital sulung mereka ini melalui cara yang disebutkan di atas.

Sekian, terimakasih atas kerjasama kalian dan hadir di majlis kami ini.
Selamat mendengar.

“BUNYI YANG DILIHAT “ : Sumber Dokumentasi Budaya Ilmu

KeonOmar, Pengarah Produksi LUNCAI EMAS SDN BHD

Dengan Kerjasama

INFO ALBUM

EP Album : RAMAYAN
Artis : RAMAYAN
Produser : ACIN PUKUL (PITAHATI)
Label : LUNCAI EMAS SDN BHD

1. Akhir Kalam
Lagu / Lirik : RAMAYAN

2. Hantu
Lagu / Lirik : RAMAYAN

3. Oh! Dewiku
Lagu / Lirik : RAMAYAN

4. Gemalai
Lagu / Lirik : RAMAYAN

5. Sepintas Sastera Hati
Lagu / Lirik : RAMAYAN

Kesemua Hakcipta Lagu & Lirik ditadbir sepenuhnya oleh : Luncai Emas Sdn Bhd
Hakcipta Rakaman : P&C 2016 LUNCAI EMAS SDN BHD

Fakta Tentang RAMAYAN:

1. Ramayan ditubuhkan pada September 2014.
2. Ramayan diinspirasi dari istilah “Iso-Rama dan Yan” yg bermaksud “Kesatuan Irama didalam Nadi”.
3. Bernaung dibawah syarikat rakaman Luncai Emas Sdn Bhd.
4. Ramayan bermula di Studio Ruang Irama, Ara Damansara.
5. Single pertama Ramayan adalah Oh!Dewiku.
6. EP pertama Ramayan diterbitkan oleh gabungan Acin Pitahati dan Ramayan sendiri.
7. Secara dasarnya Ramayan dipengaruhi oleh Muzik Melayu. 
8. EP Ramayan dirakamkan secara ‘live’.
9. EP Ramayan ini dirakamkan dalam masa 3 hari sahaja.
10. Gambar cover album diambil menggunakan kamera filem dan ia diambil dalam keadaan yang spontan atau tidak sengaja.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Penuh Pemenang Anugerah Skrin 2016 (ASK2016)

Ada Sebab Razis Ismail Peserta Pertama Tersingkir Gegar Vaganza 3