Nampaknya Pesta Bola Merdeka sudah berada di penghujung. Persaingan kali ini sungguh hebat. Myanmar bukan calang-calang dan tak perlu dipandang mudah. Yang Budiey tak sangka negara kita dapat mencapai kejayaan yang memberangsangkan ini. Ketika mana pasukan negara mendapat kritikan hebat dari pemerhati sukan dan peminat sendiri, Malaysia bangkit membuktikan ya… Malaysia Boleh!
Apa lagi, TV9 nampaknya semakin rancak menjemput anda semua untuk memeriahkan acara perlawanan akhir #pestabolamerdekatv9. Sebelum tu, apa kata kita jenguk ramalan-ramalan untuk perlawanan akhir nanti. Pasukan mana yang akan menang ya?
LUQMAN HAKIM ABD MALIK
“Malaysia perlu berhati-hati dengan Myanmar terutamanya selepas mereka tewas tempoh hari dengan 2-1. Rentak permainan pantas selain berkobar-kobar untuk membalas dendam sudah pasti sedikit sebanyak akan menggusarkan bahagian pertahanan Malaysia. Nyata kesemua pemain perlu diberi perhatian termasuk Khaw Ko Ko yang merupakan pemain licik dan lincah.
Manakala Harimau Muda menjadi pasukan pilihan dengan gaya permainan yang sudah hampir sama dengan corak permainan pasukan Eropah. Maklum sahajalah, pemain sudah mendapat pendedahan di sana dan dengan kelebihan ini, Malaysia perlu mencatat kemenangan bagi mengembalikan semula piala tertua di asia ini. Gandingan Putera Nadher, Wan Zack, Thamil Arasu dan Rozaimi pasti akan merobek sekali lagi gawang Myanmar dengan hantaran tepat dan persembahan bertenaga.
Apa pun kemenangan bakal berpihak pada Malaysia dengan 2-0! ”
HERI ASZMO
Tahniah kpd Harimau Muda Negara layak ke final. Sememangnya permainan yang begitu mantap dan kerjasama yang baik sehinggakan pasukan Thailand buntu menghasilkan gol. Jika dilihat dari segi prestasi, Harimau Muda kini mampu membenam Myanmar dengan jaringan gol yang banyak.
Saya mengharapkan percaturan Ong Kim Swee apabila final nanti adalah yang terbaik, sekaligus mengangkat martabat bola sepak Malaysia. Dengan adanya pemain yg terbaik setakat ini, Malaysia mampu menjadi pasukan terbaik Asia kelak. Jadi kepada pasukan Harimau Muda, mengaummmmmlah di pentas final nanti dengan kemenangan yang bermaruah dan bergaya. Saya pasti Malaysia boleh menjaringkan gol sebanyak 3 berbanding Myanmar sebanyak 2.
AMIN HAYAT
Tahniah kepada skuad Harimau Muda. Tumpuan kini terarah di pentas Final. Saya yakin dengan strategi yang dirangka jurulatih Ong Kim Swee mampu memberikan kemenangan bergaya 2-0 kepada pasukan Malaysia.
Tetapi harus diingat, disiplin pemain dan persiapan dari segi fizikal dan mental perlu diperkasakan lagi bagi menentang pasukan lawan. Semoga Berjaya Harimau Muda. Anda kebanggaan Malaysia!
ZUHAIRAH MUSTAFA AL-HUSIN
Sebagai rakyat malaysia, pastilah pasukan kesayangan Harimau Muda yang mnjadi harapan untuk merangkul kemenangan. Saya menjangkakan keputusan perlawanan akhir Malaysia dan Myanmar berakhir dengan kemenangan 2-1 bagi Malaysia. Kita tidak boleh memandang rendah keupayaan Myanmar. Strategi yang diketengahkan dalam corak permainan mereka pasti mencabar aksi skuad Harimau Muda. Namun semangat dan kekuatan yang ditonjolkan oleh skuad Harimau Muda dengan kelebihan beraksi dihalaman sendiri merupakan bonus bagi memburu kejuaraan pada kali ini. Saya optimis Malaysia akan menang!
SYED MOHD KHAIR @ ARAB
Perlawanan akhir esok menentang Myanmar sebenarnya sudah ramai yang meramalkan apabila Thailand menghantar pasukan Kelab divisyen dua. Bertemu Myanmar sekali lagi di pentas akhir, pasti corak permainan kedua pasukan akan berubah. Saya pasti Ong Kim Swee akan keluar dengan strategi baharu khususnya dalam mengekang kemampua penyerang Myanmmar iaitu Kyaw Ko Ko dan pemain tengah Kyi Lyn yang saya lihat mampu mengkucar-kacirkan pertahanan Harimau Muda.
Ketiadaan Wan Zack Haikal yang mengalami kecederaan bagi saya tidak akan menjejaskan prestasi Malaysia untuk menjulang kembali Piala Pesta Bola Merdeka selepas kali terakhir muncul juara pada 2007.
Saya menjangkakan saingan pasti sengit. Malaysia menang tipis 1-0.