Budiey teruja untuk mengetahui lagu manakah yang disepakati oleh juri. Tapi dari sudut kerja yang akan dibuat pada malam ini, Budiey tak berapa teruja sebab ada pantang larang dan undang-undang pastinya diperketatkan oleh penganjur pada malam ini. Tahun lalu menjadi permulaan di mana kami tak diberi ruang untuk menemubual di ruang karpet merah.
Alasannya ruang tersebut diberikan kepada media rasmi AJL. Walaubagaimana pun kami masih boleh menemubual selebriti yang hadir di lantai bawah di mana betul-betul di depan pintu masuk dewan.
OMG! Sungguh tak selesa ketika itu dengan orang ramainya, dengan tiada latar yang cantik dan penatacahaya yang cantik. Ramai media yang mengeluh. Tapi siapa kita untuk menentang peraturan yang ditetapkan. Budiey rasa, pada malam ini, perkara seumpama ini bakal berulang lagi. Tidak seperti dulu, tahun-tahun sudah, kami bebas untuk berdiri di tepi karpet merah untuk menemubual selebriti yang hadir menjejakkan kaki di AJL.
Okay, tinggalkan soal teruja ke tidak tu. Itu soal lain. Sekarang kita nak nilai lagu manakah yang mungkin akan terpilih. Kalau tanya pada Budiey, Budiey akan pilih lagu SUMPAH yang dicipta oleh Naim Daniel dan Omar K sebagai juara. Tempat kedua, Budiey akan pilih lagu LEMBAH KESEPIAN ciptaan Haqiem Rusli, Ibnu & Gouffran dan tempat ketiga adalah lagu ANTA PERMANA sebuah lagu yang dicipta oleh Hael Husaini dan Ezra Kong.
Persembahan vokal terbaik mungkin akan dimenang oleh Aina Abdul atau Ernie Zakri tapi Budiey tak menafikan jika sekiranya juri akan memilih Bob lantaran permainan vokal yang agak mencabar untuk lagu ANTA PERMANA. Persembahan Terbaik mungkin akan dimenangi oleh RAGAMAN yang akan dinyanyikan oleh Fairuz Misran.Â
Bagaimana pula dengan ramalan anda? Cuba tulis tulis di ruangan komen.