Bagaimanapun, pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor itu masih memilih untuk ‘mengunci mulut’ tanpa mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan tarikh perkahwinannya.
Terbaru, laman Instagram Anugerah Bintang Popular BH berkongsi sebuah posting memaparkan penulisan wartawan hiburan, Raja Nurfatimah Mawar yang menerbitkan satu artikel bertajuk ‘Neelofa, PU Riz tangguh nikah?’ di ruangan ‘Desas-Desus’.
Betul ke tangguh nikah?
Menerusi penulisan tersebut, difahamkan wartawan itu mendengar desas-desus bahawa pasangan berkenaan terpaksa menangguhkan hari bahagia mereka tanpa mengetahui sebab sebenar.
“Risik punya risik, Raja dengar Neelofa dan PU Riz terpaksa menangguhkan majlis perkahwinan. Sebabnya, biarlah mereka sahaja yang tahu.
“Namun, jangan salah faham, ia bukanlah berpunca daripada pergolakan lalu, hubungan sudah pun pulih. Mungkin ada sebab lain yang memaksa mereka menangguhkan dahulu majlis,†tulisnya.
Bagaimanapun, sudah tentu bekas pengacara MeleTOP itu memerlukan masa yang rapi bagi merancang pelbagai perkara untuk dijayakan pada majlis gilang gemilang itu nanti.
Bagi para peminat, teruskan berdoa yang terbaik untuk pasangan tersebut agar segera naik pelamin dan mengecapi kebahagiaan bersama!