in , ,

Ramai Yang Marah JAKIM Sebab Raya Awal, Ini Penjelasan Padu PU Rahmat

Mufti Singapura Dr Nazirudin Mohd Nasir hari ini mengumumkan bahawa hari pertama Syawal 1443H/2022 jatuh pada Selasa, 3 Mei 2022.

Ini bermakna umat Islam di Singapura tidak akan menyertai rakyat Malaysia untuk menyambut Hari Raya pada 2 Mei.

“Mengikut kiraan hisab, anak bulan Syawal tidak mungkin dapat dilihat di atas ufuk Singapura ketika matahari terbenam petang tadi dan tidak juga mencukupi syarat kriteria imkanur rukyah yang telah dipersetujui oleh negara-negara anggota Mabims.

“Ini bererti esok (2 Mei) adalah hari pencukup bulan Ramadan selama 30 hari dan awal bulan Syawal tahun 1443H iaitu Hari Raya Aidilfitri jatuh pada Selasa (3 Mei),” katanya dalam video yang disiarkan di Majlis Ugama Islam Singapura (Muis). (Majlis Ugama Islam Singapura).

Mabims ialah akronim kepada Menteri-Menteri Agama Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura.

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri esok (2 Mei), demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad malam ini.

Berikut Pula Perkongsian dari PU Rahmat

“Ohhh ceritanya gini. Ahli Falak kita nampak Anak bulan di Stesen cerapan Labuan dan Stesen Cerapan Langkawi. Di Kuala Lumpur dan Teluk Kemang pun tak nampak.

Jadi Jelaslah Esok raya. Ia bukan Konspirasi atau kelemahan Jabatan Agama kita.

Begitulah kita semakin paham agama kita.

Yang menetapkan Peredaran Bulan ini bukan Ustaz atau Ulama

Hanya Allah yang mengatur terbenam dan terbit Anak Bulan.

Hanya Allah berkuasa.

Bertenang dan berthaqwalah.

Selamat pergi Ramadan yang dikasihi
Selamat datang Syawal yang dirai

Dalama pada itu, Mufti Perlis juga melahirkan raya syukur kerana umat islam di Malaysia dapat meraikan sambutan Aidilfitri bersama-sama dengan umat Islam di negara yang lain

“Alhamdulillah, akhirnya kita raya bersama kaum muslimin yang lain. Terima kasih YB Menteri Agama yang sudi mendengar ‘coleteh’ saya pagi tadi tentang kepentingan untuk raya bersama Umat Islam yang lain. Kaedah kiraan baru kena semak semula dan kesepakatan matla’ negara-negara MABIM perlu dibincangkan.”

Sambutan Hari Raya Aidilfitri di negara ini mungkin jatuh pada Selasa depan, berbeza dengan kebanyakan negara Islam lain yang menyambutnya sehari lebih awal, kata mufti Perlis.

Mohd Asri Zainul Abidin berkata ia mungkin demikian kerana Malaysia menggunakan kriteria baru Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Pertemuan Tahunan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama; Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura (Mabims).

“Jika mengikut kriteria kebolehnampakan anak bulan yg digunakan sebelum ini, kemungkinan besar Isnin hari raya. Demikianlah kebanyakan negara Umat Islam.

“Jika pakai kriteria baru Jakim / Mabims, mungkin tak nampak. Maka, kita mungkin raya Selasa,” katanya di Twitter hari ini tanpa butiran lanjut.

Berpandukan kriteria baru Mabims, hilal ditentukan mengikut altitud 3 darjah dan longitud 6.4 darjah.

Tarikh melihat anak bulan Syawal ditetapkan pada petang Ahad, 1 Mei bersamaan 29 Ramadan 1443 Hijrah di 29 lokasi terpilih. Tarikh Aidilfitri akan diumumkan selepas itu.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada 22 April memaklumkan bahawa Majlis Raja-raja bersetuju bahawa cara menetapkan tarikh hari raya puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

Asri ketika dihubungi Malaysiakini berkata dia tidak mempertikaikan kaedah Jakim.

“Saya tidak pertikai. Saya menjawab soalan tentang kenapa ada perbezaan dalam perhitungan.

“Perlis kita ikut keputusan bersama dalam menentukan hari raya,” katanya.

Berkaitan perbezaan kaedah lama dan baru, ia hanya melibatkan perkara teknikal.

“Tiada siapa boleh menyatakan kaedah lama atau baru yang lebih patut dipakai melainkan setelah dinilai oleh pakar falak.

“Perbezaan dari sudut kriteria darjah. Dari sudut ketinggian, jarak lengkung dan ketinggian,” katanya.

Bagaiamanapun, Asri berkata rakyat di negara ini hendaklah memakai apa yang diputuskan di Malaysia.

“Pun begitu, para pakar mempunyai ruang menuntut kerajaan menyemak hal itu pada masa depan,” tambahnya.

‘Perlis, Langkawi penuhi kriteria baru’

Sementara itu, di Indonesia, Pusat Sains Antariksa Badan Riset dan Inovasi Nasional (Brin) dilaporkan berkata keadaan hilal di Indonesia memenuhi kriteria ditetapkan Mabims kerana berada pada sudut 3.75 darjah (di Merauke) hingga 5.55 darjah (Sabang).

“Sekiranya hilal dapat dilihat di Kota Sabang, Banda Aceh, dan Jantho, ia bermakna Indonesia akan menyambut 1 Syawal pada 2 Mei ini.

“Namun, ia mungkin tidak sama dengan negara jiran seperti Malaysia, Brunei dan Singapura yang bakal menyambut 1 Syawal pada 3 Mei nanti,” kata peneliti Brin Andi Pangerang.

Katanya, antara ketiga-tiga negara Mabimbs, hanya Malaysia berpotensi menyambut lebaran pada hari sama dengan Indonesia kerana Langkawi dan Perlis memenuhi kriteria baru itu.

Indonesia akan turut melihat anak bulan Syawal pada 1 Mei.

Sumber : Malaysiakini

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TRAVEL

Jom OOTD Hari Raya Di 10 Lokasi Ini Di Selangor Yang Wajib Korang Singgah

“Cuti Hari Pekerja Akan Dibawa Kepada Hari Rabu,” –  Perdana Menteri