Pelakon dan usahawan Syatilla Melvin sekali lagi meraih tumpuan dalam kalangan warganet selepas berkongsi wajah anak ketiganya, Salama Samheizy di TikTok, baru-baru ini.
Menerusi video yang tular di platform tersebut, Syatilla telah mengendong dan menggomol anaknya, Salama ketika membuat live.
Dalam perkongsian tersebut, terdapat segelintir pengikutnya yang terkejut dan tidak sangka bahawa isteri kepada Shaheizy Sam itu sudah mempunyai tiga anak.
Menyedari perkara tersebut, Syatilla tampil mengimbau kembali alahannya yang tidak boleh duduk di rumah sehingga terpaksa tinggal di hotel selama sebulan.
“Ingat lagi tak kisah yang saya pregnant tak boleh duduk rumah sendiri tu? Yang terpaksa pergi hotel yang berangkut tu. Inilah dia Salama Samheizy Shaheizy Sam! Nama dia Salama.
“Budak yang taknak duduk rumah tu dah 10 bulan nak dekat setahun dah umur dia. Tapi dia memang sejenis halus (kecil). Dia ni agaknya keturunan kutu kot halus. Tak tahulah ikut siapa mak dia tinggi,” katanya.
Sementara itu, ada yang memuji muka anak bongsunya itu seiras dengan suaminya, Sam.
“Semua ikut muka Sam kan. Syeriv jela yang ikut muka saya sikit. Saya yang bagi nama Salama ni. Kalau ikutkan bapa dia nak letak nama Sulema tapi kita dengar macam tak berapa nak manis. So, kita namakan dia Salama,” jelasnya.
Terdahulu, Syatilla dan Sam telah mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, Sarima Samheizy, dan Salama Samheizy.