Pasangan pelakon Aeril Zafrel dan juga Wawa Zainal sememangnya merupakan favourite couple kerana sering kelihatan romantis dan bahagia apabila berkongsi aktiviti harian mereka sekeluarga di laman Instagram.
Mereka juga kerap kali memuat naik momen sweet yang mengundang rasa ‘cemburu’ dalam kalangan peminat kerana masing-masing gemar bergurau sesama sendiri.
Layankan kerenah isteri
Menerusi posting terbaru aktor kacak tersebut di media sosialnya, dia dan isteri berkongsi momen gembira berada di kawasan kampung dengan berlari-lari di tengah sawah padi.
Hormat sikit orang single
Susulan daripada perkongsian video tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan pelbagai reaksi di posting tersebut dengan memuji pasangan yang sudah mempunyai tiga cahaya mata ini.
Ada juga yang tidak sabar untuk berkahwin kerana ingin menikmati kebahagian berumah tangga seperti Aeril dan Wawa bersama pasangan mereka nanti.