in , ,

Ramai Terkejut Kenapa Diana Danielle Fail Cerai Terhadap Farid Kamil

Tiada angin tiada ribut, pelakon Diana Danielle memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Farid Kamil pada awal bulan ini.

Memetik Kosmo, permohonan cerai itu dibuat atas alasan tiada persefahaman dan telah berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan).

Difahamkan, permohonan cerai tersebut telah disebut di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari pagi tadi.

FARID KAMIL & DIANA DANIELLE

Bagaimanapun, Farid atau nama penuhnya Farid Kamil Zahari enggan melafazkan cerai tersebut. Difahamkan pasangan itu tidak lagi tinggal serumah.

Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan pasangan itu untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Dalam melayari bahtera perkahwinan, kebahagiaan hidup sesebuah keluarga banyak bergantung kepada persefahaman di dalam hubungan suami-isteri. Hal yang demikian keran kegagalan mereka untuk berbuat demikian akan melahirkan ketegangan dan konflik.

Jalan akhir untuk bercerai kebanyakannya dikatakan berpunca daripada ketegangan suami isteri dalam kegagalan mencapai sekepakatan bersama untuk memulihkan rumah tangga kerana sudah tidak berkesefahaman.

FARID KAMIL & DIANA DANIELLE

Namun keadaan ini boleh diatasi dengan kebijaksanaan si suami serta sokongan para isteri yang digelar pengasih dalam memulihkan sesuatu perhubungan jika ditelusuri permasalahan dari akar umbi.

Namun begitu, sebagaimana pepatah melayu ada menyebut sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami-isteri.

Ramai tidak menyangka kadangkala pada zahirnya sesebuah pasangan itu boleh dilihat bahagia dan begitu berkasih-sayang namun hakikatnya mereka mungkin sedang diuji dengan badai yang melanda dalam institusi rumah tangga.

Baru-baru ini, dunia hiburan sekali lagi dikejutkan dengan pergolakan rumah tangga sehingga pelakon, Diana Danielle menfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Farid Kamil pada awal bulan lalu. Difahamkan, permohonan cerai tersebut telah disebut di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari.

Meskipun tiada khabar angin atau ribut mengenai rentetan punca ketengangan pelakon ini, namun menurut laporan Harian Metro, Diana yang membuat permohonan cerai pada awal bulan lalu, memberi alasan tiada persefahaman dan berlakunya shiqaq atau perbalahan berpanjangan.

FARID KAMIL & DIANA DANIELLE

Sudah Tidak Tinggal Sebumbung, Diana Danielle Akui Tidak Menanggung Zaman Kesedihan Lagi

Dalam kata mudah shiqaq’ ialah perbalahan yang berpanjangan dan tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri menurut hukum syarak.

Untuk mengatasi kemelut rumah tangga yang meruncing antara suami dan isteri, menurut sumber sahih, agama Islam memerintahkan agar diutuskan dua orang hakam (jurudamai).

Pengutusan hakam ini bermaksud untuk menelusuri sebab-sebab terjadinya syiqaq dan berusaha mencari jalan keluar guna memberikan penyelesaian terhadap kemelut rumah tangga yang dihadapi oleh kedua suami isteri tersebut.

Hal yang demikian kerana Syiqaq merupakan perselisihan yang berawal dan terjadi pada kedua belah pihak suami dan isteri secara bersama-sama. Dengan demikian, Syiqaq berbeda dengan Nusyuz, yang perselisihannya hanya berawal dan terjadi pada salah satu pihak, yaitu dari pihak suami atau isteri.

Menjengah ke halaman instagram aktres jelita ini, Diana ada berkongsi gambarnya beserta kapsyen seolah-olah tidak lagi berada pada zaman dia menanggung kesedihan.

Rata-rata warganet berasa sedih dan terkejut akan berita ini namun berharap pasangan ini masih boleh disatukan.

FARID KAMIL & DIANA DANIELLE

Memetik Harian Metro, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan pasangan pelakon itu untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan permohonan ditetapkan semula untuk sebutan pada 28 Mac ini.

Terdahulu, Farid pernah membuat hantaran di Instagram Storynya, meluahkan rasa berang terhadap seseorang yang melakukan poligami dan memukul wanita sekaligus mendedahkan isterinya sehingga kini masih trauma selepas dipukul oleh bekas kekasihnya pada tahun 2005.

“Mula-mula kes poligami kau. Lepastu pukul perempuan pulak… Kau ni memang menyusahkan lelaki la mat.. Kau convert jadi binatang je la, senang mat Sol,” tulisnya.

Meskipuun pelbagai spekulasi mengenai punca keretakan pasangan ini masih belum diketahui, orang ramai diharap tidak membuat sebarang tohmahan serta mendoakan yang terbaik buat keluarga yang dahulunya terlihat bahagia ini.

Untuk rekod, Farid dan Diana berkahwin pada 2012. Pasangan itu dikurniakan dua orang cahaya mata bernama Muhammad dan Nur Aurora.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

RIZMAN RUZAINI

RR Beli & Menang Tawar Hadiah Proton X50 Sentuhan Rizman Ruzaini

TV ALHIJRAH

TV AlHijrah Lancar Kempen Ramadan 1444H, Imarahkan Ramadan Eratkan Jalinan