Sekiranya diimbau kembali gosip-gosip perhubungan cinta Zizan sebelum ini, semua artis wanita yang pernah dikaitkan dengan dirinya telah berkahwin seperti Juliana Evans dan Emma Maembong.
Malah selepas aktres Mira Filzah, perkahwinan selebriti Neelofa turut dikaitkan apabila terdapat segelintir pengguna laman Twitter menyifatkan pelawak berusia 37 tahun itu sebagai ‘penjaga jodoh’ orang lain.
Namun begitu, terdapat juga individu yang bersimpati dengan nasib malang Zizan dan mendoakan agar pelawak tersebut akan bertemu jodoh dan teman sehidup semati satu hari nanti.
Terdahulu menerusi laporan media tempatan, Zizan atau nama penuhnya Mohammad Razizan Abdul Razak mengakui kurang senang apabila netizen asyik mengungkit kisah cinta dan jodohnya.
Ini kerana dia tidaklah kecewa seperti yang disangka, sebaliknya menyerahkan soal jodoh dan ketentuan pada Allah SWT.