in , ,

Ramai Penerbit & Pengarah Dikatakan Mahu Boikot Pelakon Hafidz Roshdi

Sejak minggu lalu hangat diperkatakan mengenai Nurul Shuhada Mat Shukri yang ditumbuk oleh suaminya, pelakon Hafidz Roshdi sebanyak tiga kali hingga menerima 10 jahitan.

HAFIDZ ROSHDI

Susulan tindakannya itu, rata-rata netizen berang dengan pelakon tersebut apatah lagi mencederakan ibu kepada kedua-dua anaknya.

Sementara itu, menerusi komen di Instagram Melodi yang memuat naik video temu bual bersama Shuhada pada Ahad lalu, netizen meluahkan rasa marah serta meminta pelakon itu diboikot.

Malah, ada yang meminta pihak penerbit dan pengarah supaya memboikot Hafidz dari muncul di kaca televisyen sebagai pengajaran di atas apa yang dilakukannya.

Dalam pada itu, ada netizen berpendapat jika ada penerbit atau pengarah yang mengambil Hafidz berlakon hanya akan mencemarkan karya tersebut.

Terdahulu, Shuhada mendedahkan kantoi kali kedua masih berhubung dengan orang ketiga dikatakan menjadi punca dia ditumbuk oleh suaminya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Da’i Fuad Cadang Supaya Puteri Sarah & Syamsul Yusof Tutup Mulut

PU Syed Tidak Ambil Kisah Dengan Sindiran Peminat Blackpink