in , ,

Ramai Peminat Singapura Sanggup Datang Sokong Hady Mirza di Final ASGV

Bahang konsert akhir All Stars Gegar Vaganza (ASGV) di Axiata Arena Bukit Jalil yang akan bermula jam 9 malam ini, cukup terasa apabila lokasi itu dipenuhi peminat, terutama dari Singapura.

Mereka hadir bukan sahaja bagi memeriahkan acara, malah memberikan sokongan kepada peserta pilihan.

Sewaktu pengurus pentas bertanya siapa bakal juara dengan menyebut setiap peserta, nama Hady Mirza menerima sorakan paling gemuruh daripada penonton.

Malah, ketika ditanya adakah terdapat peminat yang hadir dari Singapura, sorakan paling gemuruh bergema dalam Axiara Arena.

Adakah ini petanda Hady Mirza bakal membawa pulang gelaran juara malam ini?

Jika dilihat dari prestasi Hady sepanjang 11 minggu, dia sentiasa memberikan persembahan konsisten, selain pernah beberapa kali menjadi juara mingguan.

Pada malam ini juga, Hady akan berduet dengan Dayang Nurfaizah menerusi lagu Seandainya Masih Ada Cinta.

Selain Hady, tujuh finalis yang berentap bagi merebut gelaran juara adalah Naqiu, Tomok, Siti Nordiana, Jaclyn Victor, Liza Hanim Nikki Palikat dan Azharina.

Kesemua finalis diberikan tiga tugasan, iaitu lagu solo, duet dan ‘battle’ berkumpulan. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ALHA ALFA

Sengit! 30 Lagu Muzik-Muzik 38 Separuh Akhir Rebut Tempat di AJL

Busana Azharina di GV Disamakan Dengan ‘Octopus’ & Limau Bali