in , ,

Ramai Netizen Membahan Fesyen Vida Pakai Baju Tidur & Selimut di GMW 2022

Anugerah Gempak Most Wanted (GMA Awards) edisi pertama telah berlangsung dengan jayanya pada malam Ahad. Ramai selebriti pakai baju pelik-pelik termasuk DSV!

Mengangkat tema Aesthetic FUNtastic, barisan selebriti masing-masing hadir dengan fesyen tersendiri dan unik, sekali gus memeriahkan lagi malam anugerah berkenaan. Antara yang meraih perhatian sudah tentunya busana yang digayakan usahawan Datuk Seri Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida (DSV).

Menggayakan rekaan Behati, DSV tampil dengan persalinan sut longgar berwarna pink terang beserta ‘blanket statement’ yang menyelubunginya sepanjang majlis itu berlangsung.

DSV turut menggayakan tudung ala turban ‘kembang semangkuk’ rona sama dengan baju, melengkapkan lagi penampilannya yang serba wow itu.

Menjengah di ruangan komen di laman Instagram milik DSV, rata-rata netizen teruja dengan fesyen unik yang berani disarungkan usahawan kontroversi tersebut.

Ramai Netizen Membahan Fesyen Vida Pakai Baju Tidur & Selimut
Ramai Netizen Membahan Fesyen Vida Pakai Baju Tidur & Selimut

“Ini fesyen Cadar Sutera Anggun sesuai dgn pyjamas warna pink itu… boleh dipakai di

negara-negara yang beriklim sejuk dan bersalji.

“Fesyen balik terus tidur.

“Fesyen cadar lama-lama jangan dibuang, elok buat cape.

“Macam blanket zaman dinasti lama Korea.

“Wah boleh bersaing dengan Aina Abdul ni,” komen sebahagian netizen.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

WESTLIFE

Westlife Berjaya Pukau 16,000 Penonton di Konsert The Wild Dreams Tour

“Azizah Hadiahkan Tasbih, Bekalkan Makanan Dimasak Sendiri,” – Acha Septriasa