Tahun ini Siti Aafiyah berumur 3 tahun dan telatahnya yang pelbagai sering dikongsikan di sosial media. Nama pun anak penyanyi nombor satu negara, pastinya menjadi tumpuan ramai.
Malah baru-baru ini satu video yang memaparkan Siti Aafiyah buat aksi comel telah mencuri perhatian ramai. Rakaman telatah si cilik ini telah dikongsikan oleh ibunya sendiri, Dato’ Sri Siti Nurhaliza menerusi laman Instagram milik selebriti ini.
Dalam perkongsian rakaman tersebut, kelihatan Siti Aafiyah hanya melakukan beberapa aksi yang diminta oleh ibunya. Dari mahu ucapkan selamat malam sahaja, si cilik ini buat aksi comel pula. Paling tak tahan di hujung video tersebut, Siti Aafiyah sempat buat ‘mini love’ menggunakan jarinya. Turut kedengaran suara penyanyi ini tertawa menyaksikan telatah anaknya itu.
Berikut adalah perkongsian video Siti Aafiyah buat aksi comel yang dimuat naik di Instagram baru-baru ini:
Comel sangatlah si budak bijak ini! Apa-apa pun perkongsian tersebut telah meraih lebih 1.1 juta tontonan dan 192 ribu likes. Rata-rata warganet dan rakan selebriti meninggalkan reaksi mereka mengenai video ini di ruangan komen seperti berikut: