Pelbagai versi cerita telah didengar sehingga berlaku beberapa IG live bagi masing-masing menceritakan kisah dari pihak mereka.
Bagi mereka yang tertanya-tanya apa yang sedang berlaku antara Caprice dengan Ebit Lew, netizen tampil membuat rumusan
Netizan Tampil Buat Rumusan
“Kali pertama aku terdetik nk tulis pasal benda panas sebab kes ni ramai lagi gi backup Caprice.
“Buat sape yang xtau cerita sebenar n xfaham apa berlaku tentang caprice ngan Ustaz Ebit liew boleh baca kat sini. Full story diringkaskan.
Watak dalam cerita ni:
1 Redhow
2 Ustaz ebit
3 Caprice
4 Arif PA Ebit.
Caprice ni lama dah aku xsuka tapi aku follow cerita ni siasat tengok beberapa live berjam sebab aku rasa mungkin Caprice ni baik . Cuma aku slalu sangka buruk kat dia. Tapi lepas kaji mmg betul la sangkaan aku.
Redhow ni plajar mesir . Dia buat live ngan arif . Byk tersebar dah video dia nge arif tu. Sapa pun xtgk sampai habis mesti kata 2 org ni keras palo n sombong.
Dia nge arif terangkan apa berlaku di sana. Sebab Caprice tak puas hati.
Caprice mula-mula sampai di Mesir mesej Ustaz Ebit Liew ajk masuk skali sebab masa tu Ustaz Ebit xmasuk lagi. Ebit liew n team 34 hari di mesir baru dapat masuk Gaza lepas 3 minggu submit nama nge bantuan Hishamuddin, TMJ nge kerajaan mesir.
Caprice sampai mesir selepas Ebit liew n team dah submit nama. Caprice terasa hati sebab ebit liew xmasuk skali nge dia xbwk dia masuk Gaza. Jadi sebab tu dia kata macam2 kat ebit liew.
Dia kata ebit liew melutut sembah menteri mesir untuk masuk padahal ustaz ebit xbuat begitu. Dia ada contact ngan Nadir(NGO lama bantuan gaza) untuk backup dia..
Nadir terasa hati nge ebit liew jgk sebab ebit liew mari nk masuk palestin xjumpa dia dulu pun.
Ebit liew masuk sendiri xjumpa dia sebab si Nadir ni kata “hanya wali je boleh masuk gaza” sambil gelak n sindir Ebit liew dalam live. Ebit liew terasa hati situ. Sebab tu Ebit Liew Xjumpa pun atau contact Nadir malah cari jalan lain nak masuk gaza.
Redhow ajak Caprice jumpa bincang sebab Redhow ni boleh contact team Ebit liew. Caprice jumpa terus nk pukul Redhow sahabat Redhow. Caprice kata dia bukan calang orang dan bukan orang biasa kepada Redhow. Dia kata sebelum dia masuk Gaza lagi sijil dh siap nama dia Caprice bukan mcm orang biasa.
Dia tunjuk gambar kat Redhow kata orang Gaza xpuas hati ebit liew ambik 2 angle masa bagi bantuan. Dia kata orang palestine marah kat Ebit Liew. Arief tunjuk bukti xada pun org marah kat
Ebit liew . Ebit liew dapat sijil tertinggi bantuan gaza. Menteri siap ucap takziah ayah ustaz ebit liew sakit. Org Palestine sdiri pun xtau n xkenal dengan Ebit Liew.
Lepas tu Caprice maki hamun Redhow. Sebut f**k u, kat redhow ngan ebit liew lepas redhow kata “u nak beri bantuan ke nk dapat nama?”. Redhow terkejut sebab dalam live bukan main alim
Caprice ni… Tapi luar mmg perangai macam sial.
Team Caprice mintak maaf kat Redhow. Perjumpaan caprice ngan redhow tidak dirakam sebab awal2 Caprice dh ambik telefon geng Redhow masa mula2 jumpa.
Basically Caprice rasa diri dia yang terbesar , cable paling besar , semua orang mesti ikut cakap dia. Dia boleh pergi mana2 dia suka tapi dia malu sebab hanya team ebit boleh masuk gaza.. dia nak sijil mcm ebit tapi xboleh sebab dia xboleh masuk. Dia nak escort tentera kereta kebal macam ebit tapi xdapat.
Tak ada orang luar stakat ni boleh masuk Gaza kecuali team Ebit Liew.. Caprice tak puas hati reka macam2 cerita fitNah Ebit Liew n assistance beliau Arif PA Ebit yang tahu cerita sebenar , Arif rapat ngan Ebit , Arif tau setiap gerak geri Ebit n tindakan Ebit yang disalah tafsir oleh influencer media sosial.
Arif tengok Ebit liew menangis kecewa bila Caprice yang amat baik ngan Ebit liew tiba2 tikam belakang. Arif juga tengok Ebit liew bersedih apabila Nadir sindir Ebit liew ” hanya wali dapat masuk gaza”
Banyak lagi cerita Caprice yang Arif n Redhow xnak cerita sebab untuk menjaga aib beliau dan sekiranya live Caprice 21hb ni ada kaitan .barulah mereka buka cerita.
Tanggapan aku kat Caprice selama ini benar.. jijik aku ngan Caprice ni. Mmg penunggang agama . Rapatkan saf motto dia tapi dia memecahbelahkan segalanya.
Tapi penjilat caprice n orang yang xtengok live sampai habis mmg akan tetap sokong caprice.
kredit: Hafiz Rahim
Setakat artikal ini ditulis, posting tersebut telah mencapai sebanyak 24 ribu perkongsian
Caprice Ambil Ubat Tidur, Pendam Rasa Sakit Misi Jihad Dicabar – “Kemungkinan Besar, Tak Dapat Masuk Ke Gaza”
MAKLUMAT rahsia yang masih membelenggu penyanyi rap Caprice mungkin mendorong selebriti berkenaan berdepan kesukaran untuk tidur sejak kebelakangan ini.
Lebih merisaukan apabila Caprice atau atau Ariz Ramli, 33, terpaksa mengambil ubat dengan kerap bagi membantunya untuk tidur.
Namun tegasnya, pengambilan ubat tersebut tiada kaitan kaitan dengan masalah kemurungan sebaliknya ia disebabkan misi jihad yang disertainya di Palestin.
“Saya sukar tidur… beberapa minggu ini saya ada mengambil ubat tidur tapi sejak akhir-akhir ini sangat sukar. Ada orang tanya saya, mungkinkah ia disebabkan kesihatan mental saya.
“Tapi saya tak fikir sebab kemurungan sebab saya percaya mungkin disebabkan jihad. Sesiapa yang kenal saya selama ini, pertikaikan atau cabar jihad saya… Gaza dan Palestin, something inside me burn.
“Saya minta maaf kerana menjadi gila… ia hanya berlaku jika ada orang cucuk jihad saya atau Gaza,” katanya menerusi perkongsian video di Instastory pada Sabtu.
Sejak beberapa hari lalu Caprice mencetuskan keresahan dalam kalangan netizen apabila memberitahu akan membuat pendedahan penting pada 21 Julai ini.
Kalau kita bersama, demi ummah… bayangkan kita masuk Gaza sama-sama.
Kurang seminggu daripada tarikh berkenaan, Caprice muncul dengan kontroversi apabila mendedahkan tentang tegurannya terhadap personaliti dakwah, Ebit Lew selepas mendakwa dia menerima rungutan daripada rakyat Gaza tentang cara pendakwah kesayangan ramai berkenaan menghulurkan bantuan.
Dalam pada itu masalah sukar untuk tidur yang dihadapi Caprice juga mungkin disebabkan dia berkemungkinan besar tidak dibenarkan memasuki Gaza seperti yang dirancang.
Dalam pada itu, seorang wartawan yang berpengalaman banyak mengikuti misi-misi kem4nusian, tampil berkongsi pengalaman beliau dalam menghadapi pelbagai c4baran dan dugaan
“Janganlah Berduka Sangat Andai Kata Niat Baik Kita Untuk Berbakti Tersangkut”-Wartawan
ABAM takdelah banyak sangat pengalaman masuk tempat-tempat konflik dan khemah- khemah pelarian ni.
Kalau pun ada, cuma di Tanzania, Rwanda, Burundi, Kenya, Bangladesh, sempadan Myanmar, Filipina dan Indonesia. Gaza tak pernah la masuk lagi. So tak taulah layak ke idok nak ulas pasal isu ni.
Cuma izinkan abam kongsi pengalaman abam yang seciput ni masa di dua khemah pelarian terbesar di dunia yang abam pernah pergi, masuk, kerja dan bagi bantuan.
Pertama di khemah pelarian Rohingya dekat Kuttapalong, Bangladesh yang ada lebih 800,000 pelarian di dalamnya. Kedua pelarian Somalia di Daadab, Kenya yang terdapat lebih 200,000 orang di dalamnya. Terima kasihla EZ Qurban selalu tak lupa abam dalam misi mereka.
Apa yang abam nak cakap, memang banyak NGO dari serata dunia nak masuk dan nak bantu mereka ini tetapi ia tidaklah semudah yang disangka.
Pelbagai kerenah birokrasi yang terpaksa kami tempuh. Permainan duit dan permainan politik adalah benda biasa kalau di tempat-tempat semacam ini.
Kena pau tu lali, kena bayar itu bayar ini tu pun biasa. Tu belum campur kena ugut, ditekan dengan pelbagai peraturan etc. Ancaman tu jangan ceritalah.
Sebab itu kalau NGO-NGO yang dah biasa pergi tempat ini, perkara-perkara seperti yang abam sebut tadi tu dah ‘mangli’ sangat dah. Bukan satu isu besar. Pendek kata kalau tak mahu dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Kalau rasa payah dan sakit hati dengan benda-benda macam ni, baik duduk kat rumah dan main dam aji je.
Sepanjang pengalaman abam, bukan sedikit NGO-NGO kita yang gagal dalam misi mereka. Adakalanya jangan kata nak masuk ke wilayah konflik, ada yang baru sampai airport pun dah kena patah balik Malaysia!
Namun rata-rata mereka tidak pernah patah semangat. Abam salute kerana kebanyakan NGO-NGO dari tanah air yang cukup istiqamah dalam perjuangan mereka walaupun terpaksa berhadapan dengan 1,001 kesukaran bila buat kerja amal di negara orang.
Dan mereka ini tidak mabuk pun dengan publisiti dan penghargaan. Itu yang abam cukup angkat topi! Malah ada yang pergi tanpa pakai baju dan bendera NGO mereka pun, semuanya atas nama persaudaraan dan atas nama Tuhan yang satu.
Abam harap kita yang berhasrat nak buat kerja amal, kerja baik ni janganlah berduka sangat andai kata niat baik kita untuk berbakti TERSANGKUT atas sebab-sebab tertentu, adalah hikmah tu mengapa ia berlaku.
Berlapang dadalah.
Tak perlulah sangat menunding jari atau memperjatuhkan antara satu sama lain andai misi kita gagal atau tak capai matlamat. Buat kerja-kerja sebegini menuntut kesabaran dan ketekunan yang luar biasa.
Ingat, bila berada di tempat orang, kita juga bawa nama negara dan nama agama yang kita anuti.
Chill-chill sudahlah. Niat yang baik tetap ada ganjarannya di sisi Allah yang maha Esa.
InsyaAllah.
kredit: Syahril A Kadir
Apa-apa pun yang berlaku, diharapkan kedua-dua pihak dapat menyelesaikan sebarang k0nflik yang berlaku dalam keadaan yang baik