Bintang yang terkenal lagu Dan Sebenarnya ini berkongsi berita gembira dan menzahirkan rasa teruja apabila foto yang merakamkan gambarnya dilihat ‘terpampang megah’ di papan tanda bandar New York. Difahamkan, penyanyi berusia 33 tahun ini telah menyertai sambutan bulan ‘Asian American & Pacific Islander Heritage’ yang dianjurkan oleh aplikasi penstriman muzik, Spotify di sana.IKLAN
“Look mom! I’m all over NY!! Celebrating Asian American & Pacific Islander Heritage month with @spotify- thanks Spotify for always having me a part of this special month ima proud asian aunty yas!
“Wish I was there to witness it myself I always miss my NYC billboard moments Stay safe everyone! Also dropping Stay Where You Are on the 15th,”
– Yuna
Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai berkata, dia berbangga menjadi wajah kepada Asia yang terus mendapat penghargaan di sana.
“Lihat mak, saya ada merata-rata di NY (New York). Meraikan bulan Asian American & Pacific Islander Heritage bersama Spotify. Terima kasih Spotify kerana sentiasa memilih saya menjadi sebahagian daripada bulan istimewa ini. Saya sangat bangga menjadi warga Asia.
“Saya harap saya berada di sana untuk menyaksikannya sendiri. Saya kerap terlepas menyaksikanya apabila papan iklan saya di New York. Jaga keselamatan semuanya,”
– Yuna
Melihat ruangan komen entri berkenaan, rata-rata peminat meluahkan rasa bangga dengan kejayaan bintang tanahair ini yang dilihat kian sukses di cipta nama di negara orang.
Tahniah juga buat Yuna dan semoga terus sukses dalam karier seni nyanyian anda!
Terdahulu, foto Yuna pernah terpampang di lokasi ikonik, Times Square, New York selepas dipilih syarikat terkenal NASDAQ yang memaparkan ikon muzik pada November 2016.
Foto: Instagram Yuna