Pada 25 Jun yang lalu, satu hari yang cerah lagi ceria, Budiey telah dapat jemputan untuk menghadiri satu event anjuran sebuah bank terkemuka di Malaysia iaitu AmBank. Dalam hati, Budiey rasa sangat teruja sebab event ini berkenaan dengan puasa dan raya. Maklumlah, tahun ini Budiey rasa raya akan lebih meriah dengan elemen interaktif dan juga yang lebih segar dari YouTube.
Event ini berlangsung di Ibu Pejabat Google Malaysia yang terletak di KL Sentral. Pastinya lokasi berkaitan sebab event ini adalah Pelancaran Saluran Raya YouTube dengan tema – Raya Bergaya Bersama AmBank.
Jadi, jangan lupa pulak nak subscribe channel AmBankTV ni. Budiey dah subscribe. Senang je, KLIK je butang SUBSCRIBE.
Budiey nak ucapkan tahniah buat AmBank sebab usaha yang berterusan dan inisiatif yang sangat bagus apabila dapat melancarkan saluran khusus di YouTube bertemakan Hari Raya yang memaparkan lebih 1,000 kandungan berkaitan Ramadan-Raya. Tidak hairanlah kalau saluran AmBank Raya YouTube Channel ini diiktiraf sebagai saluran bertemakan Raya terbesar di Asia Tenggara. WOW!
Untuk info pembaca, saluran ini telah pun boleh dilayari mulai 25 Jun lalu sehingga 29 Ogos 2014. Pasti korang akan tanya apa motifnya saluran ini dilancarkan. Ya, tidak lain dan tak bukan, semua ini adalah untuk kita semua pelayar YouTube khususnya pelanggan setia AmBank yang tercari-cari kandungan, info menarik dan apa sahaja yang berkaitan Ramadan-Raya di YouTube. Sebagai salah satu kerjasama, Google sebenarnya hanya bekerjasama dalam perkongsian sebegini sekali setahun sahaja.
Kalau kita lihat pada laman saluran YouTube Raya ada segmen Jom Makan, Sudut Molek, Kartoon Korner dan Muzik & Hiburan. Budiey juga suka dengan pemilihan warna yang digunakan sebab ianya memang ceria dan menarik minat Budiey untuk klik satu persatu laman ini.
[dropcap]S[dropcap]erentak dengan itu juga, AmBank telah melancarkan satu klip video music berdurasi satu minit yang menampilkan cukup menarik. Selepas menonton video klip ini, Budiey rasa bersemangat pula untuk beraya. Sesuailah dengan konsep Raya Saluran Youtube yang cukup padat dengan info, ia menampilkan warna yang terang dan ceria. Budiey suka dengan grafik dan juga imej visual yang dibuat, memang ohsem. Apa lagi, ia cukup esuai untuk anda yang tengah cari inspirasi dan informasi menarik sempena Ramadan dan Raya. So, dah tengok video muzik ni? Apa pendapat korang?
[pullquote]Budiey difahamkan AmBank adalah bank pertama yang melancarkan saluran YouTube sempena bulan Ramadan dan perayaan Aidilfitri. Secara keseluruhannya, ia menampilkan makanan, resepi, fesyen, tips kecantikan dan muzik.[/pullquote]
Budiey dah khabarkan tentang saluran ini kepada isteri Budiey sebab dia kebetulan tengah tercari-cari resepi untuk juadah berbuka puasa di internet. Haa, nak senang, resepi yang best-best ada dalam saluran YouTube ni. Ramadan tahun ni, Budiey ingat nak jimatkan wang sebab masak sendiri lebih menjimatkan dan puas hati. Setiap hari, Budiey dan isteri belajar resepi atau lauk masakan termasuklah kuih muih, menu bulan Ramadan untuk berbuka yang baru di saluran ini. Cukup ohsem.
Dalam perkongsian eksklusif dengan Google yang memiliki YouTube, AmBank merupakan institusi kewangan pertama berbuat demikian pada skala seperti ini. Sekarang ini, Budiey dah jadi pelayar setia saluran YouTube ini sebab setiap hari pasti ada kandungan dan video terbaru yang disediakan.
Menurut Pengarah Urusan Perbankan Runcit, AmBank:
“Kami sangat gembira dapat bekerjasama bersama-sama dengan YouTube dalam perkongsian menarik ini yang akan menarik lebih daripada 1,000 video kepada penonton Malaysia untuk dinikmati sepanjang musim perayaan ini. Sebagai enjin pencarian kedua terbesar di dunia pada hari ini, YouTube telah menarik jutaan rakyat Malaysia untuk menonton, berhibur dan belajar apa sahaja yang mereka ingini pada bila-bila masa.”
Macam tahu-tahu pulak AmBank ni kan? Dah tentu ramai yang cari-cari macam-macam bahan di internet. Tambahan pula, tak sampai 3 minggu lagi, kita akan menyambut hari raya. Pastinya suri rumah dan anda di luar sana tengah cari cara nak buat kek, kuih raya, juadah di hari raya, betul tak?
Tak syak lagi, pelancaran ini memang tepat pada masanya. Selepas beberapa hari melayari AmBank Raya YouTube Channel ini Budiey dapat simpulkan bahawa kandungannya sangat lengkap, cukup berkualiti, memenuhi standard, reka bentuknya juga memang sangat menarik, kandungan juga cukup istimewa dan eksklusif. Jadi, ia memang tidak ada di tempat lain. Hanya eksklusif untuk pelayar saluran Raya YouTube.
Sekali sekala, Budiey akan ajak keluarga makan di hotel. Kalau nak tahu hotel mana yang dicadangkan oleh saluran ini, boleh tengok .
Dengan adanya saluran macam ni, Budiey rasa cukup lengkap dah.. tak perlu nak cari kat tempat lain. Yang penting, ia membuatkan Budiey lebih bersemangat untuk menyambut raya.
MENANGI HADIAH WANG TUNAI RM10,000
Nak hadiah? AmBank menawarkan duit raya untuk anda. Caranya mudah sahaja, hanya kongsi / share sahaja. Anda boleh mendapatkan info lanjut dengan melayari Facebook AmBank.
Ikuti empat langkah ini:
- Like AmBank Malaysia’s Facebook Page
- Share #AmBankRayaBergaya Music Video (pinned at the top of AmBank Malaysia’s Facebook page
- Hashtag #AmBankRayaBergaya and include your most CREATIVE caption
- Spread the word by tagging your friends!
Jadi untuk anda jangan lupa untuk melayari Raya YouTube AmBank klik SINI.