Rakyat Malaysia ialah pengguna Instagram paling aktif di Asia Pasifik, selari dengan populariti perkongsian foto yang kian meningkat. Namun, ketika para pengguna mula beralih daripada pengiklanan dalam talian tradisional, kumpulan atau individu berpengaruh dilihat penting untuk jenama yang ingin berhubung dengan audiens
Menurut Connected Life, menerusi satu kajian terkini melibatkan lebih 70,000 pengguna daripada perunding penyelidikan global Kantar TNS, penggunaan platform-platform media sosial Instagram dan Snapchat dilihat naik mendadak di Malaysia berikutan populariti saluran yang mengutamakan visual semakin berkembang.
Sejauh Mana Fakta & Bukti Mengatakan Rakyat Malaysia Pengguna Instagram Paling Aktif di Asia Pasifik
[dropcap]P[/dropcap]embangunan teknologi mudah alih jelas menjadi pemacunya, dengan jumlah pengguna telefon pintar di rantau Asia Pasifik kini mencecah lebih 1 bilion – 11 juta di Malaysia – kamera telefon pintar yang semakin bagus juga memberi peluang kepada pengguna yang sentiasa berhubung untuk merakam dan berkongsi foto secara serta-merta.
Di rantau Asia Pasifik, para pengguna mengembangkan penggunaan media sosial mereka melebihi Facebook dengan menguji saluran yang lebih visual dan baru. Rakyat Malaysia paling aktif menggunakan Instagram, dapatan kajian menunjukkan penggunaannya telah meningkat daripada 59% kepada 73% dalam kalangan pengguna sejak setahun lalu. Penduduk Hong Kong dan Singapura bagaimanapun tidak jauh ketinggalan dengan kadar penembusan masing-masing sekitar 70% dan 63%.
Hong Kong merupakan pasaran Snapchat yang paling aktif dengan hampir separuh (46%) pengguna internet menggunakan platform tersebut. Namun, Malaysia dilihat pantas mengejar dengan 37% kini menggunakan saluran sama, lebih sekali ganda berbanding tahun 2015 (14%).
[pullquote align=“left”]73% pengguna yang sentiasa terhubung di Malaysia kini menggunakan platform media sosial Instagram, manakala 37% menggunakan Snapchat, menawarkan peluang baru untuk peluang perhubungan jenama.[/pullquote]
Ketika golongan muda menjadi pengguna media sosial paling besar melibatkan semua platform, peningkatan jumlah ‘Insta-Gran’ turut menunjukkan momentum; hampir separuh (48%) pengguna internet di Malaysia yang berusia 55 – 65 tahun kini menggunakan Instagram. Namun begitu, Snapchat kekal menjadi pilihan pengguna muda dengan hanya 19% mereka yang berusia 55 – 65 tahu menggunakan aplikasi tersebut.
Peningkatan populariti platform-platform ini memberi peluang baru kepada jenama untuk mensasar serta berhubung dengan pengguna. Bagaimanapun, jenama-jenama perlu ingat tentang perubahan sikap pengguna kerana mereka dilihat gemar mengambil kesempatan atas landskap media sosial yang pelbagai.
Hasil kajian Connected Life menunjukkan bahawa 17% pengguna di Malaysia ‘secara aktifnya tidak mempedulikan’ pos-pos sosial atau kandungan daripada jenama. Perniagaan perlu mengelak daripada bersikap invasif kerana satu pertiga (30%) pengguna sudah pun berasa mereka ‘sentiasa diekori’ oleh iklan dalam talian.
[pullquote align=“left”]Platform-platform visual paling popular di negara-negara seperti Malaysia, di mana telefon pintar dilengkapi kamera mempunyai kadar penembusan yang tinggi.[/pullquote]
Bukan itu sahaja, kajian Kantar TNS turut mendapat golongan berpengaruh dan selebriti menjadi kunci untuk berhubung dengan pengguna. Satu daripada tiga (36%) pengguna dalam talian berusia 16 – 24 tahun di Malaysia menyatakan mereka percaya apa yang dikatakan oleh orang lain di internet berbanding sumber-sumber ‘rasmi’ seperti akhbar, laman web jenama itu sendiri atau iklan di TV.
Golongan muda ialah kumpulan yang lebih berorientasikan kepada individu berpengaruh, blogger-blogger yang boleh dipercayai dan rakan-rakan berbanding maklumat daripada jenama itu sendiri. Namun begitu, melihat kepada trend lain, tidak lama lagi mereka mungkin akan mula merujuk kepada individu berpengaruh dalam media sosial untuk mendapat inspirasi dan maklumat.
Ketua Khidmat Pelanggan, Malaysia di Kantar TNS, Dan Foxman berkata,
“Dapatan kaji selidik Connected Life menunjukkan Malaysia terus menjadi antara pasaran paling terhubung di peringkat global. Keadaan ini menawarkan peluang besar kepada jenama di sini untuk menjangkau pengguna menerusi saluran-saluran digital. Sebagaimana yang ditunjukkan oleh kaji selidik kami, pengguna sering beralih daripada mesej penjenamaan yang keterlaluan.
Media sosial menawarkan jenama dengan satu cara untuk berinteraksi, bukannya untuk menyiarkan dalam ruang di mana pengguna menghabiskan masa mereka. Memandangkan penggunaan rangkaian media sosial yang cukup luas di Malaysia, ini merupakan masa paling tepat untuk jenama memahami bagaimana memanfaatkan kekuatan setiap platform dan membangunkan strategi yang membolehkan mereka berhubung dengan pelanggan secara lebih efektif.”
Pengarah Digital APAC di Kantar TNS, Zoë Lawrence berkata:
“Peningkatan jumlah penggunaan Instagram dan Snapchat jelas menunjukkan bahawa pengguna kini lebih gemar untuk mengekspresikan diri mereka secara visual. Ini kerana mereka boleh merakam dan berkongsi momen-momen penting. Lebih penting lagi, peralihan ke platform baharu ini cukup memberangsangkan – orang ramai menggunakannya sebagai tambahan kepada Facebook, WhatsApp dan saluran media sosial yang lain. Ini membolehkan jenama berhubung dengan para pengguna secara lebih mendalam dan efektif melalui beberapa saluran baru.
“Apa yang penting, jenama tidak lagi boleh melihat saluran media sosial sebagai satu ruang media yang kosong untuk tujuan pengiklanan. Sebaliknya, dapatan kajian menunjukkan bahawa pengguna mahukan kandungan yang dapat diintegrasikan secara harmoni ke dalam platform, meningkatkan pengalaman dan tidak mengganggu ketika menggunakannya.
Untuk menjayakannya, adalah penting nilai-nilai jenama dikekalkan di dalam platform yang digunakan itu. Instagram ialah satu tempat yang mana imej boleh diubah suai dan dicantikkan dengan mudah. Manakala Snapchat pula lebih original, kelakar dan bersifat serta-merta.
Jenama perlu menggunakan setiap platform ini secara individual bagi memastikan kandungan yang dihasilkan dapat bergabung dengan baik untuk dilihat oleh pengguna. Pada masa yang sama mengekalkan integriti masing-masing.”
Kadar penembusan Snapchat dan Instagram di Asia Pasifik:
Snapchat | ||
APAC | 15% | 39% |
Australia | 32% | 41% |
Kemboja | 4% | 16% |
China | 9% | 13% |
Hong Kong | 46% | 70% |
India | 19% | 25% |
Indonesia | 13% | 54% |
Jepun | 9% | 24% |
Malaysia | 37% | 73% |
Myanmar | 1% | 4% |
New Zealand | 39% | 40% |
Filipina | 20% | 33% |
Singapura | 37% | 63% |
Korea Selatan | 19% | 52% |
Taiwan | 32% | 51% |
Thailand | 6% | 31% |
Vietnam | 4% | 24% |
Mengenai Connected Life
Connected Life merupakan peneraju kajian sikap dan tingkah laku digital di peringkat global yang melibatkan 70,000 pengguna internet di 57 buah negara. Ia menggunakan analisis komprehensif untuk mengetahui bagaimana ketersambungan mengubah tingkah laku orang ramai dan membantu para peniaga menangani pelbagai bentuk cabaran yang mereka hadapi.
Ia dilakukan dengan melihat kepada pengguna, sambungan, kandungan dan perniagaan secara terperinci, sebelum menawarkan langkah-langkah strategik yang diperlukan untuk berhubung dan mempengaruhi pembeli.
Kerja lapangan ini telah dilaksanakan di semua pasaran di antara bulan Jun dan September 2016. Penggunaan Instagram dan Snapchat diukur melalui mereka yang selalu menggunakan platform tersebut (setiap hari, minggu, bulan atau kurang daripada itu).
Maklumat lanjut, sila layari laman web: http://connectedlife.tnsglobal.com/
Mengenai Kantar TNS
Kantar TNS merupakan salah sebuah agensi penyelidikan paling besar di dunia dengan kepakaran di lebih 80 buah negara. Kami menawarkan pandangan yang boleh dilaksanakan untuk membantu syarikat membuat keputusan yang tepat dan memacu pertumbuhan.
Dengan kepakaran dalam bidang inovasi, jenama dan komunikasi, pengaktifan pembeli dan perhubungan pelanggan, kami membantu para klien untuk mengenal pasti, mengoptimum serta mengaktifkan momen-momen penting bagi memacu perniagaan mereka.
Kami adalah sebahagian daripada Kantar, salah sebuah syarikat pengurusan data, pandangan dan perunding utama di dunia.
Ketahui lebih lanjut di laman web: www.tnsglobal.com
Mengenai Kantar
Kantar merupakan salah sebuah syarikat pengurusan data, pandangan dan perunding utama di dunia. Dengan menggabungkan semua spektrum disiplin penyelidikan dan rundingan, pakar penjenamaannya yang terdiri daripada 30,000 orang kakitangan menawarkan pandangan-pandangan penuh inspirasi serta strategi perniagaan kepada semua kliendi 100 buah negara. Kantar adalah sebahagian daripada WPP dan perkhidmatan kumpulannya digunakan oleh lebih separuh syarikat Fortune Top 500.