‘Arwah Manja, Baik Hati, Bawa Aura Positif’ – Anuar Zain
Penyanyi, Anuar Zain menggambarkan Allahyarham Siti Sarah Raissuddin sebagai ‘adik’ yang sangat manja sepanjang perkenalan mereka.
Anuar berkata, dia pernah memberi nama timangan Batu Rebus kepada Siti Sarah kerana ada kenangan mencuit hati antara mereka.
“Dia seorang yang manja, bukan sahaja dari segi kata-kata, tetapi juga personaliti. Manja dia asli dan tidak dibuat-buat.
“Kami pernah bergurau mengenai ibu siapa masak makanan yang lebih sedap dan dia tak mahu mengalah.
“Apabila dia dah nak kalah, dia cakap, ‘Mak kita kalau rebus batu pun sedap’. Jadi, setiap kali berjumpa dengannya, saya akan panggil dia dengan panggilan Batu Rebus,” katanya.
Berkongsi kenangan dengan penyanyi lagu Ke Hujung Dunia itu, Anuar menggambarkan Siti Sarah yang dipanggil itu sebagai individu yang sentiasa membawa keceriaan dan aura positif.
“Dia adalah seorang budak yang ikhlas dan kuat ketawa. Apabila duduk bersama, dia bawa aura positif.
“Karakter yang positif dan jiwa dia yang sangat baik akan membuatkan orang lain ketawa dan sangat disenangi,” katanya.
Hubungan rapat antara keduanya juga diakui sendiri bapa Allahyarham Siti Sarah iaitu Raissuddin Hamzah.
“Anuar pun tahu dia macam mana. Dia cukup manja dengan Anuar. Dia panggil Abang Nuar,” katanya.
“Kenal Allahyarham Siti Sarah Dari Usia 16 Tahun,” Misha Omar
“Saya memang bukan dalam kalangan sahabat baik Allahyarham Siti Sarah, tapi selama berkenalan sejak belum terkenal sebagai anak seni usia 16 tahun, kami tidak pernah berseteru,” demikian luah penyanyi Misha Omar mengenai hubungannya dengan Sarah yang sempat diwar warkan dingin.
Menurut penyanyi Sampai Bila ini, hubungan dia dan pelantun Jangan Kau Mimpi itu umpama perseteruan antara dua atlet.
“Berseteru di gelanggang, membina nama bersama di sebelah sebelah tapi persaingan itu Allah cipta untuk kami menjalin persahabatan,”
Mengenang kembali momen perkenalan bersama Allahyarham yang membahasanya dirinya Sah, Misha bertemtt Sarah sewaktu sama sama mengikuti pertandingan Bintang RTM 2001.
Tempoh waktu melakukan sesi latihan untuk ke final yang agak panjang membuatkan perkenalan mereka berbuah menjadi persahabatan.
“Waktu kami berkenalan, saya atau Sarah bukan siapa siapa. Kami belum bergelar penyanyi apalagi menjadì sebagai salah seorang anak seni yang dikenali macam sekarang.
“Saya ingat lagi, waktu itu baik saya mahupun Sarah, sama sama tak menang. Juara pada waktu itu adalah Azaharina dan naib juara Asmidar. Sejak itu walaupun kami jarang bertemu, hubungan kami tidak pernah renggang.
“Bayangkan, kadang kadang Sarah akan menghantar pesanan WhatsApp secara random, mengutuk rambut palsu kejung saya dulu dulu sambil cakap dia dan Shuib tak berhenti ketawa dan saya membalas hal yang serupa kerana kami bermula di garisan yang sama sebelum membawa haluan masing masing.
“Jadi rasa hormat dan menghargai usaha sesama kami tetap mengalir,” katanya yang berbeza empat tahun usia dari Sarah.
Mengaku nama mereka sering dikaitkan dalam konotasi persaingan, namun persaingan itulah yang membibitkan persahabatan sehingga mereka kali terakhir berkolaborasi melalui Konsert Soul Sisters pada tahun 2019.
“Persaingan kami tak makan ke jiwa. Dalam perjalanan seni, kami sama sama telah berada dalam banyak pertandingan.
Masuk Bintang RTM, Anugerah Juara Lagu, macam macarn. Dan akhirnya Sarah merealisasikan impian besar dia untuk mengadakan konsert.
“Sekali lagi pada waktu itu selain Noryn Aziz, saya dan Sarah berkolaborasi bersama untuk Konsert Soul Sisters. Itu adalah kenangan yang sangat manis buat karier kami bersama. Hal itu juga membuat saya rasa tak ralat dengan pemergian Sarah kerana dia telah berjaya menunaikan impiannya dalam bidang seni,” kata Misha.
Temubual yang berlangsung kemudian sunyi sebentar. Dalam nada sebak, Misha mengatakan: “Lepas ini tak ada dah orang nak panggil saya Kak Chah.
“Sarah satu satunya rakan artis yang tak pernah panggil saya dengan panggilan Misha Omar atau Kak Mitch.
“Sejak kenal 16 tahun lalu, dia memang panggil saya Kak Chah dan membahasakan dirinya Sah,” kata Misha menahan sebak.
Diminta mengulas mengenai pemergian Sarah pada Isnin 9 Ogos 2021 yang menarik perhatian ramai, Misha mengatakan tidak terkejut dengan sambutan masyarakat terhadap penyanyi yang meninggalkan empat orang cahaya mata itu.
“Akhirnya Malaysia nampak keperibadian dia yang caring, banyak bersedekah, mengembirakan orang lain dan sentiasa membantu bila orang ada masalah.
“Dan satu sikap Sarah yang sangat saya kagumi, dia sangat mudah meminta maaf. Jika orang mengenali Sarah, semua tahu dia memang kuat mengusik.
“Tapi bila dia rasa mungkin usikan tersebut boleh membuat orang sakit hati, dia tak ego dan tak malu minta maaf. Dia akan selalu cakap ‘Kak Chah maafkan Sah ya. Sah minta maaf tau. Dia tak lokek dan malu minta maaf,” ujar Misha yang menyifatkan dirinya kini hilang seorang lagi teman dan pelaku seni berkaliber dalam industri.
Terdahulu, Sarah meninggal dunia selepas bertarung selama empat hari akibat jangkitan COVID 19.
*Sumber: Gempak