Menurut laporan Kosmo! Online, tertuduh seorang pelajar tingkatan enam, Siti Nur Athirah Azmi mengangguk faham dan tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan.
Tertuduh berusia 19 tahun yang juga kenalan mangsa didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Tambah laporan itu lagi, Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda tidak membenarkan remaja terbabit diikat jamin selain menetapkan sebutan semula kes pada 10 Januari 2021.
Terdahulu, mangsa ditemui tertiarap di ruang tamu rumah berkenaan oleh adiknya, Siti Nur Syuhada, 15, yang baru pulang dari sekolah.