Walaupun Hattan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan, ada pula seorang individu mendakwa telah menghubungi Hattan yang mengatakan tidak mengetahui temubual itu dilakukan secara langsung.
Sedar akan dakwaan itu, pihak Astro Awani tidak berdiam diri dan mendakwa pihaknya mempunyai bukti memberikan penerangan ringkas sebelum menemubual penyanyi terbabit.
Perkara itu disahkan penerbit eksekutif siaran atau program berita terbabit iaitu, Ibrahim Sani.
Sebelum ini, rakan baik Hattan iaitu Salimey Abu Bakar memberitakan kepada media bahawa dirinya tidak tahu bahawa temu bual dilakukan untuk siaran ‘live’.