in

Rakaman Video On Demand Di Astro Byond PVR Kini Lebih Mudah

Sebenarnya, perjalanan masa hari ini telah membawa kita jauh lebih baik dari semalam. Itu satu perkara yang positif dan bagus la tu, kan? Tiada manusia dalam dunia ini yang menolak kemajuan. Semua orang nak maju ke depan.

Cakap pasal maju ni, setiap tahun, ada saja inovasi yang akan kita kena upgrade, kita kena ‘naik taraf’. Budiey pun tak nak lah digelar ketinggalan zaman. Teknologi makin canggih seperti juga dengan dekoder Astro yang telah melalui revolusinya tersendiri. Kalau kita imbas balik tahun lepas, kita disajikan dengan saluran berdefinisi tinggi, sekarang dah ada VOD (Video On Demand) pula.

Pelanggan Astro kini boleh mengakses dan memuat turun VOD (Video On Demand) kegemaran mereka bila-bila masa pada PVR B.yond dengan menambah akses internet Wi-Fi di PVR Astro B.yond.

Kita letak dulu ke tepi pasal VOD sebab Budiey harus beri pujjian atas usaha Astro yang terbaru dilaksanakan pada awal tahun ni, di mana Astro menaik-taraf servisnya dengan menyediakan Panduan TV pelbagai bahasa elektronik pada Astro Byond PVR iaitu bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Cina dan Tamil. Ini menjadikan panduan TV pelbagai bahasan yang pertama di Malaysia! Tahniah Astro! Inilah satu malaysia namanya!

Bagi Budiey, panduan program terbaru Astro nampak lebih segar, lebih mesra pengguna dan lebih cantik moden. Lagi pun ia ciri-ciri tambahannya nampal lebih ‘personalised’ menjadi pengalaman tontonan TV

ASTRO

Bagi pembaca yang belum melanggani Astro Byond PVR, mungkin info ini dapat membantu anda mengenali apakah yang ditawarkan kepada pengguna. Astro Byond PVR adalah dekoder satelit masa kini paling canggih, dilengkapi teknologi terkini membolehkan ianya merakam saluran-saluran kegemaran yang disiarkan di Astro. PVR atau Personal Video Recorder ini dilengkapi internal hardisk 500GB. Astro B.yond PVR boleh berfungsi merakam 2 saluran pada masa yang sama, dan boleh menyimpan 290 jam dalam format SD dan 100 jam dalam format HD.

Kebanyakan dari kita memilih saluran secara ‘random’. Maksud Budiey, kadang-kadang kita ni, ikut suka & mood masa buka TV. Kalau tanya Budiey, saluran mana yang jadi pilihan setiap kali buka TV, dah tentu Budiey suka tengok saluran HBO atau Fox Movies Premium. Sah-sahlah kena langgan Pakej Astro Movie. Jadi, kalau tak sempat menonton, Budiey record je. Kemudian, kalau ada masa boleh play, pause dan rewind sesuka hati. Kalau tak, apa gunanya ada Astro Byond PVR, kan?

Terbaru, Astro byond PVR dah dilengkapi dengan WiFi untuk menyesuaikan dengan zaman terkini yang serba-serba bergantung pada internet jalur lebar yang laju. Haa lagi senang untuk memuatturun program TV. Beza dengan PVR dulu, kita kena cucuk dongle WiFi kat USB tapi sekarang dah tak payah lagi. Kiranya, Astro byond PVR dah siap built in dengan WiFi dah.

Tapi ada sesetengah anda yang berkeluarga besar yang tidak ada Astro byond PVR ni memang perit sikitlah. Terpaksa pilih saluran yang sesuai untuk semua. Kalau tidak, berebut-rebut remote nanti. Si ayah nak tengok perkembangan MH370 di Astro Awani, si anak pula nak tonton perlawanan bola sepak. Haa, kalau ada Astro byond PVR kan senang. Record je. Salah seorang kena mengalah.

PANDUAN TV ASTRO KINI DALAM EMPAT PILIHAN BAHASA

astropvr

Bermula 24 Februari lalu, Astro mula melancarkan perkhidmatan dalam bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Cina dan Tamil – secara berperingkat-peringkat. Jadi kepada anda, Budiey nasihat anda supaya biarkan dekoder Byond anda semalaman dalam mode ‘siap sedia’ untuk mendapatkan kemaskini dan naik taraf.

Selepas menaiktaraf Astro byond PVR kat rumah, Budiey rasa paparan panduan di kaca TV dah lain macam. Dah tak macam dulu. Budiey kira, inovasi kali ini memang sangat berguna kepada Budiey dan kepada semua pengguna. Ye lah, semua dapat menikmati ciri-ciri interaktif dalam bahasa kegemaran masing-masing.

Empat pilihan bahasa… wow, dah cukup untuk warga Malaysia yang berbilang bangsa dengan masyarakat majmuk menonton program TV kegemaran masing-masing. Yang penting, pengguna boleh mencari program-program dalam bahasa pilihan mereka.

Caranya mudah je, tekan butang [tv] atau [guide] di kawalan jauh Astro untuk pilih Panduan TV. Kemudian tekan butang [I II] dan skroll ke kiri atau kanan untuk buat pilihan bahasa EPG anda.

ASTRO PVR

Selain itu, EPG atau Program Panduan Elektronik terbaru memberikan pengalaman yang lebih baik untuk merakam program pilihan kita dan membeli-belah lebih mudah untuk pembelian Video On Demand (VOD). Bukan itu sahaja, Budiey sangat suka dengan rekaan layout baru yang berbeza dengan layout sebelum ini.

Terus terang Budiey katakan, EPG yang baru dikemaskini ini memang mudah diakses. Menu dalam reka bentuk baru terdiri daripada:

1. Panduan TV – saluran dan senarai program.

astropvr2

2. MyTV – menunjukkan arkib anda yang telah dirakam dan dimuat turun (VOD), ia juga memaparkan tempahan anda yang telah dibuat, Pengurus turun, sejarah pembelian anda dan fungsi carian.

astro

3. Video On Demand – pada dasarnya VOD adalah satu katalog untuk senarai program anda di mana anda boleh membeli sama ada sedikit demi sedikit atau melalui langganan, catch-up TV, dan fungsi carian.

astro09

4. Pilihan – di mana anda memilih fungsi seperti bahasa, kawalan ibu bapa, screensaver, banner maklumat ( tetingkap yang timbul untuk memberitahu anda tentang program apabila anda menekan butang Info ) tempoh, mengedit saluran kegemaran anda ( rumah saya hanya mempunyai satu fave – Zee Variasi, untuk dos harian Mum itu) , dan lain-lain

5. Tetapan – membolehkan anda menetapkan sesuatu yang advance pada hubungan internet yang lebih maju, paparan resolusi, bunyi dan sebagainya.

6. Bantuan – Tak tahu, anda kenalah cari caranya di sini. Pendek kata, jawapan akan anda perolehi di sini.

7. Carian – Sekiranya anda tidak pasti apa fungsinya, haa apa lagi, Google lah! Serius walaupun, fungsi carian dalam EPG baru memberikan anda pelbagai baik parameter untuk menentukan apabila anda mencari program. Sebagai contoh, hanya untuk jenis saluran, anda boleh mencari : Semua / HD, Melayu, Cina, India / Tamil, Sukan, Filem, Hiburan, Berita, Pendidikan, kanak-kanak, dokumentari, Gaya Hidup, Radio, dan Kegemaran.

astro 762

Mungkin ada benda Budiey tertinggal untuk mendapatkan sebahagian besar dengan EPG yang terbaru ni, dan apa yang Budiey lakukan ialah dengan hanya ke menu Setting (Tetapan). Rasanya tak perlu nak cari apa lagi kerana yang EPG yang terbaru ni sangat lengkap dan lebih baik.

Paparan Yang Lebih Kemas

Sejak menaik taraf kepada Astro IPTV dan mendapatkan fungsi PVR dalam proses ini, Budiey kira rasa lebih teruja sebab adanya Video On Demand (VOD).

Baru-baru ini, Budiey cuba untuk melanggan sebuah movie boxoffice berjudul Captain Phillips di VOD. Sangat mudah untuk buat carian. Terus jumpa.

ASTRO PVR

Kalau sebelum ini, senarai arkib program yang direkodkan nampak agak tidak kemas. Tapi dengan EPG yang terbaru, Budiey kira lebih kemas dan lebih senang. Jelas dibuktikan semasa kita lihat di bawah MyTV / myLibrary. Siri kini mudah disusun ke dalam Siri Link “folder” supaya semua rakaman program Budiey buat itu terletak kemas di sini, memendekkan senarai dan menjimatkan masa.

astro84

Siri Link juga menunjukkan jadual rakaman yang seterusnya, dan ia membantu sebagai peringatan agar kita TIDAK mematikan seterusnya. Kita juga boleh menyusun jenis program mengikut abjad ABC, mengatur siri oleh musim dan episod. Haa, jadi takdelah jadi macam rojak je kan semua bercampur gaul.

ASTRO PVR

Info Program juga nampak bertambah baik, di mana memberitahu kita ringkasan info dengan lebih cepat bukan sahaja sinopsis tetapi ikon untuk menunjukkan aspect ratio, rating, bunyi, HD/SD, rakaman dikunci (untuk mencegah pemadaman secara sengaja) dan sebagainya.

Kalau nak cerita pasal VOD ni, sebenarnya banyak program yang disediakan 6000 TV show dan filem dalam VOD. Pendek kata, Budiey sendiri pun rambang mata nak pilih movie yang mana satu.

Video On Demand (VOD) menyediakan banyak sangat filem-filem yang terbaik dan pelbagai siri TV popular yang seronok ditonton termasuk seleksi tajuk-tajuk percuma. Antara program dan siri TV yang percuma ialah Bukan Kerana Aku Tak Cinta, Jodoh Itu Milik Kita, Oh My English Telemovie, Fear Factor Malaysia, Maharaja Lawak Mega 2013, The Band, Meletop dan banyak lagi.

VOD juga menyediakan khidmat Catch-up TV untuk program-program siaran langsung yang anda terlepas tonton. Untuk mengakses VOD, pastikan dekoder PVR anda disambungkan ke internet.

Cara untuk menggunakan VOD:

1. Untuk memilih Video On Demand, anda perlu menekan butang [Home]. Katalog VOD dikategorikan mengikut tajuk yang disyorkan, Semua, On Demand Store, Catch Up TV, Langganan dan Kegemaran Ku.

2. Jika nak langgan atau muat turun program di Catch Up TV, senang je. Mula-mula tekan butang [Home] dan pilih [Video On Demand] untuk menggunakan Video on Demand. Kemudian, pilih ‘Catch-up TV’ dan pilih kategori. Pilih program dan pilih ‘Maklumat Lanjut’ untuk membuat pilihan episod individu.

3. Jika anda telah melanggan khidmat Catch-up TV, anda akan dapat melihat paparan ‘Muat Turun’. Jika anda belum melanggan Catch-up TV, anda akan melihat paparan ‘Langgan Sekarang’. Masukkan nombor PIN 4 digit untuk meneruskan langganan (nombor PIN yang dikenakan secara automatik adalah ‘0000’)

Walaupun ini hanya ulasan secara ringkas tentang ciri-ciri terbaru, pengalaman menggunakan selama seminggu ini sangat memuaskan dan yang penting, secara keseluruhannya sistem EPG terbaru ini dipertingkatkan dengan ketara sekali.

Untuk maklumat lanjut mengenai EPG, lihat saluran 100 atau layari ASTRO B.YOND PVR

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rozita Che Wan Nafi Dakwaan Menunjuk-Nunjuk

Peluang Eksklusif Bertemu Dengan Brad Pitt Secara VIP