in ,

Raja Ilya Makin Meletop Dalam Drama SELUDUP

Ketika ditawarkan berlakon watak Rina, yang turut terlibat dengan aktiviti haram abangnya (dimainkan oleh Namron) yang bergiat dalam kegiatan penyeludupan rokok seludup, dadah dan pemerdagangan manusia, Raja Ilya bagaikan terkedu tidak sangka. Setelah beberapa lama hanya diberikan watak-watak gadis baik, ‘Seludup’ bakal mencabar bakat lakonan Raja Ilya dan peluang tersebut terus disambut olehnya tanpa ragu-ragu.

raja-ilya-blue

Drama ‘Seludup’ yang sarat aksi mendebarkan serta pergolakan cinta diarahkan oleh Jehan Miskin yang juga bertindak sebagai produser dan pelakon pembantu. Selain Raja Ilya dan Namron, ia juga dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat tanahair yang lain seperti Pekin Ibrahim, Tiz Zaqyah dan Syafie Naswip.

Menurut Raja Ilya:

“Itu adalah salah satu faktor besar yang mendorong saya untuk menerima tawaran berlakon di dalam drama ini. Peluang bergandingan dengan idola-idola saya ini saya anggap sebagai satu proses pembelajaran yang tidak mungkin dapat saya lupakan”.

Mengakui bahawa Namron merupakan pelakon karakter yang sangat hebat, dan Pekin pula mempunyai karisma dan kredibiliti sebagai hero Malaysia yang disegani, Raja Ilya tertawa kecil bila menyatakan, “Saya mempunyai banyak adegan-adegan yang agak mesra dengan Pekin di dalam ‘Seludup’, dan dialog-dialog kami kadangkala nakal kerana Rina (watak Raja Ilya) adalah gadis yang sangat berterus terang. Pekin begitu ‘sporting’ dan ini menjadikan saya lebih tenang walau kadangkala seram juga”. Apa pula pendapat Raja Ilya tentang Tiz dan Jehan? “Tiap kali saya melihat Tiz berlakon saya bagaikan terpaku. Dia sangat dedikasi dan persediaannya dalam melakonkan watak wajar dicontohi pelakon-pelakon pelapis. ‘She’s so adorable!’. Jehan adalah mentor saya. Ini kali kedua saya bekerja dengannya selepas telefilem ‘Suamiku Mr. Perfect 10’. Sebagai pelakon, Jehan terbukti hebat, dan sebagai pengarah, ‘Jehan is mindblowing!’. Dia bukan sahaja berkaliber, tetapi faham personaliti setiap krew dan pelakon di bawah jagaannya. Saya berbangga dapat terlibat di dalam produksi ini”.

Mula berlakon sejak tahun 2007 di dalam pelbagai drama, telefilem, filem dan majalah TV seperti Cinta Ibadah, Pilot Café, I Love You Mr. Arrogant, Bila Hati Berbicara, Tipah Tailor vs. Ecah Cookies, Dahlia dan filem Bangladeshi, Raja Ilya juga merupakan duta bagi produk Tia Amelia. Watak Rina yang dimainkannya di dalam ‘Seludup’ menawarkan cabaran yang baru buat Raja Ilya di mana majoriti adegan yang dilakonkan adalah adegan lasak. “Saya lakonkan semuanya sendiri dengan bantuan dan sokongan Jehan dan pengarah aksi. Ada adegan tembak menembak, kejar mengejar dan juga adegan letupan kereta. Saya paling tidak dapat lupakan apabila di dalam satu adegan, saya diperlukan untuk memandu kereta ‘manual’ dengan laju. Saya sangat gementar ketika itu, bagaikan nak putus nyawa, kerana terakhir sekali saya memandu kereta ‘manual’ adalah lebih kurang 10 tahun lepas. Tapi Alhamdulillah, saya mampu lalui pengalaman itu dengan baik.”

Menutup perbualan, Raja Ilya yang juga fasih berbahasa Tamil, menyatakan keyakinannya bahawa ‘Seludup’ akan mendapat sambutan hangat peminat drama Malaysia dengan gabungan mesej yang ditampilkan, jalan cerita dan mutu drama itu sendiri. “Jehan telah hasilkan satu naskhah yang begitu cantik dan eksklusif untuk semua. Pastikan anda menontonnya nanti!”. Bakal menemui penonton pada bulan Disember ini di Astro Prima dan Maya HD, ‘Seludup’ dilancarkan oleh Astro Malaysia dan Mastermind Group Sdn. Bhd. Untuk maklumat lanjut mengenai ‘Seludup’, sila layari laman FB Seludup di www.facebook.com/seludup

Raja Ilya

Raja Ilya

Raja Ilya

Raja Ilya

Mengenai Mastermind Group Sdn Bhd.
Mastermind Group Sdn Bhd adalah pusat sehenti untuk penerbitan kandungan berkualiti tinggi bagi penonton tempatan dan antarabangsa. Portfolio perkhidmatannya merangkumi pengkonsepan kreatif ke penghasilan kandungan, produksi dan pasca-produksi untuk pelbagai klien bebas. Sejak 2009, Mastermind Group telah mencipta kandungan layar untuk barisan klien yang mengagumkan termasuklah Heinz, McDonalds, Kidzania, Canon, Tabung Haji, Berjaya Corporation, Korea Tourism Organization, 8TV, Asian Food Channel, Astro Malaysia, CNBC, AXN. Syarikat ini diketuai oleh seorang ikon serba boleh industri televisyen, Jehan Miskin. Untuk maklumat lanjut mengenai Mastermind Group, layari www.mastermindgroup.com.my.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Apa Kata Nabila Tentang The Lomas?

EKSKLUSIF Muzik Video SENYUMAN GELAPMU – FAKHRUL RAZI