Semasa di sidang media dan pra tonton filem Aku Masih Dara yang lalu, Raja Farah telah mengumumkan yang dia mahu berhenti untuk jadi pelakon. Keputusan dibuat selepas tak sampai sebulan berkahwin dengan Megat Bashirun. Keputusan nekad ini dibuat setelah Raja Farah berbincang dengan suaminya yang mahu beliau mengurangkan karier dalam dunia glamor.
Raja Farah menceburi bidang lakonan sejak berusia 15 tahun. Sepanjang bergelar pelakon, Raja Farah masih belum mencapai tahap yang dia inginkan iaitu menjulang anugerah.
Bukan senang untuk mengharungi hidup dalam dunia penuh glamor. Raja Farah pernah jatuh sakit gara-gara terlalu tertekan dengan gosip liar.
Sebelum ini, Raja Farah dihinggapi gosip liar yang mengatakan beliau hamil sebelum nikah. Walaupun agak tuduhan ini agak pedih dan menyentap hati keluarga serta ibunya, Raja Farah tetap tabah dan betul-betul kecewa dengan gosip dan fitnah itu.
Ditanya apakah perancangan masa depan Raja Farah seterusnya, beliau berkata, mahu menceburi bidang perniagaan pula.
Apa-apa pun, yang berlaku, Budiey ucapkan selamat maju jaya buat Raja Farah. Semoga bisnes yang akan dijalankan tu mencapai kejayaan. Insyaallah.