in ,

Raja Azmi Tidak Perlu Ragu Dengan Kemampuan Penganjuran AIFFA2013

Ramai Penggiat Filem Teruja Menantikan AIFFA2013. Usah Ragu-Ragu Dengan Penganjuran AIFFA2013

Raja Azmi[dropcap]S[/dropcap]idang media Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa Asean 2013 atau hashtagnya, #AIFFA2013 telah pun berlangsung pada hari Jumaat lalu. Syukur, segalanya berjalan lancar. Budiey lihat, ramai sekali media yang hadir buat liputan untuk acara festival terbesar ini. Budiey sebut ‘terbesar’ di sini adalah kerana festival ini melibatkan negara Asia yang mana kita sedia maklum, industri filemnya sangat berkembang maju. Selain Malaysia, AIFFA2013 akan disertai oleh penggiat filem dan seniman dari Singapura, Indonesia, Brunei, Filipina, Thailand, Myanmar, Kemboja, Laos dan Vietnam

[pullquote align=”right”]Budiey juga sudah pun membaca banyak siaran di blog-blog dan juga portal tentang AIFFA2013.[/pullquote]

Budiey tidak terkejut jika ada pengarah, penerbit filem atau pelakon yang terkejut bahawasanya, Malaysia akan menjadi tuan rumah AIFFA2013. Mereka baru tahu kot sebab sebelum ini, AIFFA2013 ini tidak mendapat liputan meluas dari media di Semenanjung. Budiey dikhabarkan, sidang media AIFFA2013 sebelum ini dibuat di Kuching, Sarawak. Jadi, yang hadir di sidang media itu adalah wartawan di sekitar Kuching sahaja.Budiey pun baru je tahu tentang AIFFA2013 selepas menerima tawaran untuk menjadi Blog Rasmi AIFFA2013 dua minggu lepas.


Antara pengarah dan penerbit yang terkejut tentang kewujudan dan penganjuran AIFFA2013 ialah Raja Azmi yang agak ragu-ragu dengan kemampuan Kementerian Pelancongan Sarawak melaksanakan AIFFA2013. Pendapat beliau telah disiarkan di portal Malaysian Digest. Menurut Raja Azmi, beliau sangat terkejut sebab pihak penganjur langsung tiada pengalaman.

“Saya terkejut sebab tiba-tiba saja festival ni diadakan. Terkejut kerana pihak penganjur langsung tiada pengalaman, jadi bagaimanakah agaknya pelaksanaan anugerah ni nanti. Tapi apa pun, saya tidak sabar mahu menyaksikan apa yang akan berlaku di malam anugerah ini nanti.”

Budiey rasa, dalam hal ini, Raja Azmi perlu berfikiran positif dan berbaik sangka kerana AIFFA2013 bukan sahaja didokongi oleh Kementerian Pelancongan Sarawak semata-mata kerana di belakangnya, ada ramai lagi pihak yang akan menjayakan festival ini. Usah perkecilkan tahap kemampuan pihak penganjur atau kurang yakin dengan kredibiliti mereka kerana apa yang perlu kita tahu, AIFFA2013 bukan hanya festival dan anugerah semata, jauh dari itu, ia bertujuan untuk menyatukan penggiat seni.

Budiey dah agak dah, pasti ramai yang tertanya-tanya, mengapa Festival Filem Malaysia asyik ditangguhkan sedangkan AIFFA2013 pula boleh dijayakan dengan sebaiknya dengan dokongan dari Finas dan beberapa badan-badan lain.

[pullquote]Budiey akur, tiada satu pun dalam dunia ini yang sempurna. Pasti ada kelemahan. Apa yang penting kat sini, kita perlu belajar dari pengalaman dan tidak mengulangi kesilapan.[/pullquote]

Apa yang Budiey lihat, kerjasama semua pihak bergabung untuk AIFFA harus dipuji atas sikap berani dan semangat mereka untuk terus bekerja keras sehingga tarikh 28 Mac depan. Insyaallah, dengan sokongan semua pihak AIFFA2013 akan berjaya dilangsung. Budiey pun harap semoga AIFFA berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang isu atau kontroversi berbangkit.

Menurut Raja Azmi lagi:

“Sejujurnya saya tak berapa yakin dengan AIFFA ni. Sedangkan pelaksanaan festival filem kita sendiri iaitu Festival Filem Malaysia (FFM) yang melibatkan orang-orang berpengalaman dalam industri perfileman pun masih kucar-kacir, inikan pula pihak yang tiada pengalaman serta ia akan melibatkan kehadiran ramai penggiat filem dari luar. Tapi pujian harus diberikan kerana mereka berani anjurkan anugerah ini. Ini juga satu tamparan hebat dan cabaran kepada FFM.”

Festival dan Anugerah yang akan berlangsug di Sarawak pada 28 hingga 30 Mac ini itu akan mengiktiraf filem-filem cereka dan pendek karya para penggiat seni 10 negara Asean. Budiey difahamkan ramai sekali selebriti popular dari semua negara terlibat akan hadir. Nak tahu siapa? Haa, tunggguuuu! Yang penting, macam-macam aktiviti menarik akan dilangsungkan melibatkan para penggiat filem terkenal dari negara ASEAN, Bollywood dan Hollywood. Aktiviti untuk orang Kuching pun ada, jangan risau. Sama-sama kita meriahkan AIFFA2013 nanti ya.

Tak sabar nak jumpa orang Kuching sekali lagi. Jumpa korang bulan 3 nanti ya.

Raja Azmi

Raja Azmi

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Glory 4 Tokyo Acara Tinju Heavyweight Grand Slam

Anuar Zain di Konsert My 2013 di Dataran Merdeka