in

Raisa Menaruh Harapan dari Lagu Baru Apalah Arti Menunggu

Raisa Andriana dilahirkan pada 6 Jun 1990, merupakan seorang penyanyi solo dan juga bintang yang mula bersinar di dalam industri muzik di Indonesia. Minat mendalam beliau di dalam bidang nyanyian mula terserlah seawal umurnya 3 tahun lagi dan lagu pertama yang dinyanyikan beliau ketika itu berjudul “A Whole New World”, lagu tema filem animasi popular Aladdin.

“Seorang teman memperkenalkan Raisa kepada saya, setelah pertama kali melihat video klip Raisa, saya terus ingin mengenali karya-karya beliau, kata KC.Ismail selaku Timbalan Presiden KRU Music. Setelah mendengar lagu-lagu dendangan beliau saya jadi teruja untuk memasarkan Raisa di Malaysia. Berbekalkan pakej yang lengkap, cantik serta berbakat besar, Raisa dilihat mampu menambat hati para penggemar muzik di Malaysia, tambah beliau lagi.

Raisa

Pertama kali tampil ke arena industri muzik Indonesia pada Mac 2011 bersama single sulung “Serba Salah” dan mendapat sambutan yang positif daripada penggemar seni di sana, Raisa kemudiannya tampil dengan single keduanya yang berjudul Apalah “(Arti Menunggu)” pada bulan Julai 2011.

Walaupun albumnya belum dipasarkan disini, namun Raisa sudah pun dikenali sebahagian daripada pencinta muzik di Malaysia. Malah beliau juga pernah satu ketika mengadakan persembahan tertutup bersama Datuk Sheila Majid.

Raisa

Salah sebuah lagu beliau berjudul “Could It Be” juga turut dijadikan runut bunyi untuk filem lakonan Tomok bertajuk “Manterra”. Serta single pertama beliau berjudul Apalah (Arti Menunggu) telah menjadi tema drama bersiri “Puaka Bunga Tanjung”, dimana drama ini masih ditayangkan di TV9.

Raisa bakal turun ke Kuala Lumpur bersempena dengan Ulangtahun ke-20 KRU pada 10 Jun dan di Kota Kinabalu pada 17 dan 18 Jun sempena KK Jazz Festival 2012. Nanti kehadiran Raisa di Malaysia bagi mempromosikan single pertamanya Apalah (Arti Menunggu).

Apalah (Arti Menunggu) jadi taruhan KRU Music

Apalah (Arti Menunggu) menceritakan tentang seseorang yang menanti sebuah cinta yang dipenghujungnya adalah sia-sia. Harapan dan mimpi adalah dua elemen yang terdapat di dalam album terkini Raisa. Lagu ini sesuai buat individu yang sudah letih di dalam penantian dan patah hati.

Apalah (Arti Menunggu) adalah hasil karya Adrianto Ario Seto (Soulvibe) dan liriknya ditulis oleh Raisa sendiri bersama-sama Adrianto Ario Seto (Soulvibe) dan Ramadhan Handyanto (Soulvibe).

Apalah (Arti Menunggu) menampilkan klip video di bawah arahan Joey Christian dan Heru Admaja di bantu oleh lakonan yang baik daripada Raisa. Beliau menghidupkan watak sedih yang mengamit emosi penonton diiringi keberkesanan penggunaan elemen warna hitam dan sephia yang berjaya menghasilkan kesan suram pada klip video terbabit.

Apalah (Arti Menunggu) masih lagi berada dikedudukan teratas iaitu diposisi 1 carta utama radio Indonesia untuk lebih 3 bulan dan sehingga kini masih lagi kerap diputarkan.

Bagi yang ingin mengenali Raisa dengan lebih dekat, anda boleh ke laman sosial berikut :-

MySpace : http://www.myspace.com/raisaandriana
Facebook : http://www.facebook.com/raisa6690 
Twitter : http://tweetmysong.com/4v3l3p 
YouTube : www.youtube.com/raisa6690 

Raisa

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Cornetto Uda & Dara

Gambar Siti Nurhaliza di Sambutan Hari Ibu Bersama Siti Nurhaliza 2012