Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Ogos ini, Saluran Ceria Anda akan menyambut bulan kemerdekaan ini dengan barisan rancangan menarik sempena menyambut ulang tahun ke-52 negara tercinta.
Bagi menyemarakkan suasana patriotik, ntv7 membawa salam merdeka daripada orang kenamaan dan selebriti. Kanak-kanak juga berpeluang untuk merayakan Hari Merdeka bersama Zamaera dan Ashraff, hos lincah kids@fgw sambil memenangi hadiah-hadiah istimewa sempena Merdeka.
Seterusnya, program bual bicara The Breakfast Show akan memaparkan perayaan Hari Merdeka dan ucapan khas Perdana Menteri sempena Hari Merdeka selain sorotan peristiwa penting.
Tahukah anda bahawa pada tahun 60-an dan 70-an, Malaysia pernah dikenali sebagai Negara Badminton? Juga, tahukah anda tarikh keramat negara kita mengeluarkan kereta nasional yang pertama? Pelajarilah fakta-fakta menarik tentang negara tercinta melalui kapsul harian National Tale.
Selebriti tempatan akan turut berkongsi kisah terkini tentang kerjaya mereka dan harapan mereka untuk negara sempena Merdeka ini dalam rancangan berita hiburan e7 Merdeka Special.
Dokumentari Frontline pula akan memaparkan episod Merdeka khas tentang Jabatan Forensik Negara, manakala Mandarin Siasat akan menonjolkan beberapa penonton ahli sejarah negara yang banyak berbakti dalam menjaga khazanah-khazanah bersejarah negara untuk kebaikan bersama.
Ogos juga merupakan bulan bermulanya drama Mandarin berunsur muhibbah, My Kampong Days yang dilakonkan dengan jayanya oleh pelakon tempatan Brenda Chia, Wee Kheng Min, Alan Yun, Ong Ai Leng dan Emily Lim.
Menjelang Merdeka, beristirehatlah bersama keluarga sambil menonton konsert gergasi yang meraikan hasil kerja dan kegemilangan pemenang Nobel Peace Prize 2008, Martti Ahtisaari, di Nobel Peace Prize Concert 2008. Saksikanlah persembahan mantap artis sensasi seperti Il Divo, Jason Mraz dan Diana Ross.
Pastinya, filem slapstik klasik lakonan Jim Carrey Ace Ventura: When Nature Calls akan membuatkan penonton ketawa terbahak-bahak dengan jalan ceritanya yang cukup menggelikan hati. Sebuah lagi filem yang harus ditonton, adalah 60KM – lakonan Radhi OAG dan Zulkarnain Ibrahim sebagai dua sekawan berperwatakan berbeza yang ke Seremban bersama-sama. Pelbagai rintangan yang berlaku sepanjang perjalanan mereka yang turut menguji persahabatan mereka.
Filem hasil garapan anak Malaysia yang telah berjaya meraih pelbagai anugerah antarabangsa, Flower in the Pocket turut akan keudara pada 27 haribulan Ogos. Filem arahan Liew Seng Tat ini memaparkan kisah perhubungan renggang seorang bapa tunggal dengan dua orang anak lelakinya. Saksikanlah adegan menyentuh hati beserta lakonan berkesan daripada James Lee, Wong Zi Jiang dan Lim Ming Wei.
Di samping itu, Saluran Ceria Anda akan turut mempersembahkan rancangan musikal khas oleh selebriti antarabangsa seperti Stevie Wonder dan David Foster pada Hari Merdeka.
Acara penuh glamor Miss Chinese Cosmos Southeast Region akan turut memeriahkan barisan rancangan hari Merdeka di ntv7. Pertandingan ratu cantik ini diadakan julung kalinya dengan ntv7 bertindak sebagai penyiar rasmi.
Lebih menyerikan koleksi rancangan Merdeka di ntv7 ialah Malaysia Pride Symphony S2 yang dihoskan oleh MayJune. Program khas berdurasi satu jam ini memaparkan beberapa pencapaian-pencapaian terbesar rakyat Malaysia pada tahun-tahun sebelumnya.
Nikmatilah rancangan khas ntv7 sempena Merdeka sambil bersantai bersama yang tersayang Ogos ini.
*Maklumat penuh rancangan adalah seperti berikut:
Sepanjang Bulan Ogos
a) National Tale – Kapsul Merdeka
Kapsul dua minit ini memaparkan fakta dan trivia mengenai Malaysia.
b) Laporan Istimewa Mandarin News (5.30 petang dan 9.30 malam)
Dapatkan ucapan Feel Good Merdeka dari orang kenamaan dan selebriti di samping informasi terkenai mengenai segalanya di Malaysia.
c) My Kampong Days (Isnin – Khamis, 10.00 malam mulai 12 Ogos 2009)
Drama yang berkisar hubungan dan aspek menarik mengenai interaksi antara masyarakat dari pelbagai kaum dan lapisan umur yang tinggal di kawasan penempatan yang berdekatan. Lakonan: Brenda Chia, Wee Kheng Min, Alan Yun, Ong Ai Leng and Emily Lim.
27 Ogos 2009 – Jumaat
a)Flower in the Pocket (11.00 malam – 12.30 malam)
Kisah menyayat hati ini memaparkan kehidupan dua orang adik beradik lelaki yang dibesarkan oleh seorang bapa tunggal, Sui, yang masih bersedih atas kematian isterinya. Suatu hari, Sui cuba untuk membuang seekor anak anjing yang dibawa pulang oleh anak-anaknya. Melihatkan anak-anaknya amat sedih dengan tindakannya Sui mulai sedar bahawa dia masih boleh menyayangi dan melakukan sesuatu mengenai kehidupannya sebelum terlambat. Diterbitkan oleh pengarah Malaysia yang pernah menggondol anugerah, Liew Seng Tat, Flower in the Pocket dimantapkan lagi dengan persembahan hebat daripada James Lee, Wong Zi Jiang dan Lim Ming Wei. Filem ini telah memenangi beberapa anugerah termasuklah Festival Filem Pesaro ke-44 di Italy, Festival Filem Antarabangsa di Korea, serta Festival Filem Antarabangsa di Rotterdam, Netherland.
28 Ogos 2009 – Sabtu
a) kids@fgw Merdeka Special (9.30 pagi 10.30 pagi, 11.00 pagi., 11.30 pagi.)
kids@fgw akan meraikan kanak-kanak yang menyambut ulang tahunnya pada bulan Ogos ini. Sepanjang bulan kemerdekaan ini, penonton cilik berpeluang memenangi hadiah dan tiket unyuk menyertai parti kids@fgw Feel Good Merdeka.
b) Telefilem: 60KM (10.01 malam hingga 12.00 malam)
Dua rakan lama, Acoi dan Radhi memutuskan untuk pergi ke Seremban bersama-sama. Sepanjang perjalanan tersebut, mereka diuji oleh beberapa situasi yang akhirnya menyedarkan mereka bahawa keinginan masing-masing untuk berjaya merupakan asas kepada keutuhan persahabatan mereka. Radhi OAG, Zulkaranian Ibrahim, Rusli Rauf dan Harun Salim Bachik merupakan antara barisan pelakon siri telefilem menarik ini.
c) e7 Merdeka Special (5.00 petang – 5.30 petang)
Dapatkan temubual beberapa artis Malaysia yang turut dikenali di persada antarabangsa sementara mereka berkongsi pengalaman dan pencapaian dalam bidang masing-masing. Dikendalikan oleh MayJuna, saksikan klip eksklusif temuramah bersama arwah Yasmin Ahmad; model terkenal, Amber Chia; pengarah ternama, Ho Yu Hang; penyanyi, Michael Wong dan pelakon, Angela Lee.
e) Frontline Merdeka Special (6.00 petang – 6.30 petang.)
Merdeka ini, saksikanlah dokumentari yang memaparkan kehidupan pegawai beruniform negara di samping selitan kisah menarik yang ditempuhi oleh pegawai Jabatan Forensik Malaysia.
f) Siasat Mandarin Merdeka Special (6.30 petang – 7.00 petang)
Tahukan anda ikon manakah yang bertanggungjawab mengekalkan warisan negara? Siasat Mandarin membawakan laporan istimewa Merdeka yang mengumpulkan testimoni sejarahwan yang telah berjasa pada negara.
30 Ogos 2009 – Ahad
a) James Morrison TV Special (3.00 petang – 3.30 petang.)
Sambutlah kemerdekaan bersama James Morrison, pemenang Anugerah BRIT, juga seorang penulis lagu dan pemain gitar.Program istimewa 30-minit ini akan menyaksikan lagu dari album terbarunya serta perjalanan kariernya.
b) Ace Ventura: When Nature Calls (3.30 petang– 5.30 petang.)
Jim Carrey membawakan saat penuh mencuit hati dalam paparan slapstick klasik Ace Ventura. Ace Ventura: When Nature Calls bermula dengan babak Ace Ventura bersedih dan memutuskan untuk menjadi Sami Tibet setelah gagal menyelamatkan rakun di Himalaya. Di sana, dia ditemukan dengan seorang pengembara bernama Fulton Greenway yang memberikannya tugas baru di Afrika iaitu mencari kelawar suci milik puak Wachati dan Wachootoo.
31 Ogos 2009- Isnin
a)The Breakfast Show Merdeka Special – SECARA LANGSUNG (7.00 pagi -10.00 pagi.)
Raikan Merdeka dengan The Breakfast Show dan tema 1Malaysia bersama barisan pengacara dari pelbagai kaum – Naz, Daphne Iking, Will Quah, Joanne De Rozario dan Aishah Sinclair.
b)Nobel Peace Prize Concert 2008 (10.01 pagi. – 12.00 tengahari.)
Konsert Nobel Peace Prize telah berlangsung di Oslo pada 11 Disember dengan memberi penghormatan kepada penyajak untuk 2008, Martti Ahtisaari, dan dihoskan oleh Scarlett Johansson dan Sir Michael Cane. Saksikan persembahan mengagumkan oleh Diana Ross, Jason Mraz, Il Divo, Marit Larsen, The Script dan Julieta Venegas.
d) Stevie Wonder TV Special (12.00 tengahari – 1.00 tengahari.)
Konsert hebat ini difilemkan di London 02 Arena pada Oktober 2008 semasa siri promosi jelajah Wonder Summer Nights. Stevie kembali menjelajah Eropah selepas lebih sedekad! Lagu yang dipersembahkan termasuklah My Cherie Amour and Signed, Sealed Delivered I’m Yours dan lagunya yang menjadi igauan ramai termasuklah Superstition, Higher Ground, Living For The City dan You Are The Sunshine Of My Life. Menariknya, persembahan ini diperkuatkan lagi dengan iringan nyanyian latar oleh anak perempuannya – Aisha serta iringan 14 band yang terkemuka.
e) David Foster and Friends TV Special (7.30 petang – 8.00 malam.)
Penulis lagu, penerbit agung serta pemenang Anugerah Grammy sebanyak 15 kali – David Foster mengumpulkan barisan artis menakjubkan di Las Vegas untuk meraikan karier hebatnya selama lebih empat dekad. Bersama-sama persembahan dari Andrea Bocelli, Michael Buble, Josh Groban, Celine Dion, Katharine McPhee, Kenny G, Brian McKnight dan ramai lagi, Foster tentunya akan menawan hati anda dengan aksi hebatnya sebagai pengacara, pemain keyboard dan ikon muzik.
f) Miss Chinese Cosmos Southeast Region (1.35 tengahari. – 3.00 petang.)
Sekumpulan jelitawan akan berebut peluang untuk menerima jolokan Miss Chinese Cosmos Southeast Region di ntv7 Merdeka ini. ntv7 merupakan penyiar rasmi acara yang julung kalinya diadakan di Malaysia ini.
g) Malaysia Pride Symphony 52 (10.00 malam – 11.00 malam)
Program 60-minit ini memaparkan pencapaian terbesar dan unik yang telah dilalui oleh Malaysia sebelum ini. Dihoskan oleh MayJune, rancangan ini terbahagi kepada empat segmen dan memuatkan paparan di Litar Antarabangsa Sepang bersama Alex Yoong; Yasmin Ahman dan hasil kerja terbaiknya di samping pandangannya mengenai 1Malaysia; kumpulan tarian singa terhandal, Guan Sheng Gong; dan ahli gimnas terbaik negara, Thye Chee Kiat, Carolyn Au Yong, Regina Tajuddin dan S. Sarina yang pernah memenangi pingat emas pada Sukan Komanwel 1998.