in , ,

Raikan Raya Tahun Ini Dengan Samsung Galaxy A56 5G & A36 5G

Dapatkan Gambar Raya Yang Sempurna Tanpa Risau Wajah Kabur Atau Gangguan Objek Dengan Samsung Galaxy A56 5G Dan A36 5G Yang Lengkap Dengan Ciri Teknologi Hebat!

Semua orang tahu suasana hari raya memang meriah, tapi bila tiba masa nak bergambar bersama keluarga besar, suasana boleh jadi kelam-kabut! Berebut tempat paling cantik dalam gambar dengan sepupu, sampai wajah pun jadi kurang sempurna. Tapi jangan risau lagi, sebab dengan Samsung Galaxy A56 5G, kini anda boleh bergambar tanpa tekanan dengan bantuan teknologi Best Face yang cukup pintar.

Bergambar Raya Jadi Mudah Dengan Galaxy A56 5G!

Best Face adalah inovasi terbaru dari Samsung dalam siri Galaxy A yang menggunakan teknologi AI canggih untuk pastikan anda sentiasa tampil menawan dalam setiap gambar. Samsung tahu betapa pentingnya anda mahu kelihatan terbaik, terutamanya dalam gambar raya yang bakal disimpan sebagai kenangan sepanjang hayat.

Apa Yang Hebat Tentang Fungsi Best Face?

Pernah tak anda berdepan situasi bergambar tapi wajah anda kurang sempurna sebab tengah bercakap, berkelip mata atau sekadar tak bersedia? Dengan Best Face, masalah ini selesai kerana ia akan mengambil beberapa rakaman gambar secara automatik ketika wajah anda bergerak dan kemudian anda boleh pilih sendiri gambar yang paling sempurna dan menawan.

Bayangkan, tak perlu lagi ulang tangkap gambar berkali-kali atau rasa malu kerana wajah anda tak menjadi dalam gambar!

KV 2 - Perfecting Your Raya Moments with the Samsung Galaxy A56 5G  A36 5G

Hapuskan Objek Mengganggu Dengan Galaxy A36 5G

Bayangkan anda sedang bergambar di bazar raya yang sibuk, suasana pula cukup sesak dan penuh dengan objek yang mengganggu latar belakang gambar anda. Di sinilah fungsi Object Eraser dalam Samsung Galaxy A36 5G sangat berguna.

Dengan ciri hebat ini, anda boleh padamkan apa sahaja objek yang tidak diingini dari gambar dengan mudah dan pantas!

Ambil gambar berlatar belakang pemandangan cantik tapi tercemar dengan bangunan tinggi yang tak sedap dipandang? Jangan risau lagi, gunakan saja Object Eraser untuk membuang gangguan tersebut dan gambar anda akan kelihatan seperti diambil oleh jurugambar profesional. Cukup mudah, cukup cepat, cukup memuaskan!

Kombinasi Hebat Galaxy A56 5G dan A36 5G Untuk Raya Anda

Gabungan kedua-dua telefon pintar ini, iaitu Galaxy A56 5G dengan fungsi Best Face dan Galaxy A36 5G dengan Object Eraser, memberikan anda kombinasi ideal untuk hasilkan gambar raya yang sempurna tanpa cacat cela. Anda bukan sahaja mendapat gambar yang jelas dan cantik, tetapi juga gambar yang bersih daripada gangguan visual yang tidak perlu.

Main KV - Perfecting Your Raya Moments with the Samsung Galaxy A56 5G  A36 5G

Promosi Hebat Samsung Sempena Raya

Jangan lepaskan peluang menarik ini kerana bermula dari 18 Mac hingga 31 Mac 2025, Samsung menawarkan ganjaran hebat bernilai sehingga RM429 untuk pembelian siri Galaxy A ini. Pelbagai pilihan warna menarik tersedia untuk anda, antaranya Awesome Lavender, Awesome Black, Awesome White, Awesome Lime, Awesome Lightgray, Awesome Graphite, Awesome Olive, dan Awesome Pink.

Dengan harga bermula serendah RM1,199 sehingga RM2,199, anda bukan sahaja mendapat peranti yang canggih, tetapi juga hadiah tambahan menarik seperti e-baucar eksklusif, upgrade memori, jaminan tambahan selama setahun, dan diskaun sehingga 30% untuk pembelian bersama peranti Samsung yang lain seperti jam tangan pintar, earbuds, tablet, atau aksesori tambahan.

Cepat, Jangan Tunggu Lagi!

Jangan tunggu lagi! Jadikan raya kali ini yang paling meriah dengan gambar-gambar yang sempurna menggunakan Samsung Galaxy A56 5G dan A36 5G.

Dapatkan telefon pintar anda hari ini:

Apa Kata Budiey?

Samsung jelas memahami keperluan pengguna dengan inovasi praktikal seperti Best Face dan Object Eraser yang memang sesuai untuk situasi meriah seperti sambutan raya. Cadangan Budiey, jangan lepaskan peluang ini untuk tingkatkan kualiti gambar anda, kerana momen manis bersama keluarga semestinya layak diabadikan dengan hasil terbaik dari Galaxy A Series.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ASTRO

Langganan & Iklan Merosot, Prestasi Saham Astro Semakin Membimbangkan